Aktiviti sosial punca kluster

KOTA KINABALU 2 Jan. – Kluster baharu Covid-19 yang dilaporkan di Sabah hari ini yang dikenali sebagai Kluster Batu 8, Tambunan dikesan berpunca daripada aktiviti sosial iaitu menuai padi dan sambutan Krismas.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Masidi Manjun berkata jumlah kumulatif kes positif bagi kluster itu adalah sebanyak 52 kes.

“Kluster ini turut mencatatkan kes di dua daerah lain iaitu Ranau (tiga kes) dan Kota Belud (dua kes),” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, beliau berkata berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu Covid-19 di Sabah pada hari ini adalah 259 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 37,553 kes.

Satu kes kematian dicatatkan di Sandakan manakala 281 pesakit Covid-19 telah sembuh menjadikan jumlah kumulatif sembuh 35,154 orang.

“Sejumlah 1,720 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 621 orang di hospital dan 1,099 orang di PKRC (Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah Covi-19).

“Bilangan pesakit Covid-19 dalam ICU pula adalah 55 orang dan 14 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan,” kata Masidi.

Sementara itu, daerah Sipitang bertukar dari zon jingga ke zon merah, manakala Daerah Beaufort berubah dari zon kuning ke zon jingga.

 

Related posts

Leave a Comment