216 kes baharu di Thailand

BANGKOK 2 Jan. – Sebanyak 216 kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes di Thailand meningkat kepada 7,379 kes sementara satu lagi

kematian dilaporkan yang membawa kepada 64 orang meninggal dunia.

Menurut Pusat Pentabiran Situasi Covid-19 (CCSA), daripada 216 kes, sebanyak 182 merupakan jangkitan tempatan, 32 melibatkan pekerja asing di asrama dan dua kes dilaporkan di dua pusat kuarantin alternatif.

Kes kematian terbaharu itu merupakan wanita berusia 47 tahun yang dikesan mengunjungi pusat perjudian di wilayah Chonburi. Dia yang diuji positif Covid-19 pada 30 Disember dan mempunyai masalah kesihatan, meninggal dunia di hospital.

Gelombang terbaharu yang dikesan sejak pertengahan Disember lepas merebak ke 53 daripada 76 provinsi di negara ini sementara kluster baharu di Bangkok serta Rayong menular ke terlalu banyak kawasan selain ada kes baharu yang sumbernya masih disiasat.

Justeru, pihak berkuasa kesihatan Thai mengusulkan pelaksanaan langkah lebih ketat terhadap perniagaan dan perjalanan rentas wilayah di 28 daripada 76 provinsinya termasuk Bangkok selepas gelombang terbaharu penularan COVID-19 terus menyumbang jumlah kes harian tiga angka di negara itu.

Langkah tersebut termasuk penutupan perniagaan dan venue di kawasan berisiko tinggi dan mengehadkan waktu operasi perniagaan di kawasan yang merekodkan lebih 50 kes sejak gelombang terbaharu tercetus. 

Ketika ini terdapat 28 wilayah zon merah, 11 zon oren, dan 38 zon kuning.

Zon merah adalah Bangkok, Tak, Nonthaburi, Pathum Thani, Ayutthaya, Saraburi, Lop Buri, Sing Buri, Angthong, Nakhon Nayok, Kanchanaburi, Nakhon Pathom, Ratchaburi, Suphan Buri, Prachuap Khiri Khan, Phetchaburi, Samut Songkhram, Samut Sakhon, Chachoengsao, Prachin Buri, Sa Kaeo, Samut Prakan, Chanthaburi, Chon Buri, Trat, Rayong, Chumphon and Ranong.

Zon oren adalah Sukhothai, Kamphaeng Phet, Nakhon Sawan, Uthai Thani, Chai Nat, Phetchabun, Chaiyaphum, Buri Ram, Nakhon Ratchasima, Surat Thani dan Phangnga.

Related posts

Leave a Comment