758,473 kes positif Indonesia

JAKARTA 2 Jan. – Indonesia terus mencatatkan kes jangkitan Covid-19 yang tinggi apabila merekodkan 7,203 kes harian yang menjadikan jumlah kumulatif setakat ini sebanyak 758,473 dengan kes aktif 110,400.

Bagaimanapun jumlah kes sembuh mengatasi jangkitan harian dengan mencatatkan 7,582 orang, angka sembuh harian tertinggi sekaligus menjadikan jumlah pesakit sembuh meningkat kepada 625,518.

Jumlah kematian pula turut menunjukkan peningkatan apabila 226 lagi pesakit meninggal dunia dan kumulatifnya kini 22,555 kematian atau 3.0 peratus dari jumlah pesakit yang dijangkiti.

Sementara itu, Jakarta merekodkan kes jangkitan harian tertinggi iaitu sebanyak 1.894 kes dengan kumulatifnya 187.585 kes diikuti Jawa Barat sebanyak 1.167 kes,  Jawa Tengah 971, Jawa Timur 723, Sulawesi Selatan 590 kes.

Bagi kes kematian pula, Jawa Tengah mendahului dengan 86 kes dan kumulatifnya  3.686 kes diikuti Jawa Timur 59 dengan kumulatifnya yang tertinggi iaitu 5.959,

Jakarta 26 kematian, Sulawesi Utara 12,  Riau enam dan Jawa Barat satu.

Jakarta juga mencatatkan kesembuhan harian yang tinggi iaitu 2.267 pesakit sembuh, meningkat berbanding sebelumnya 1,649  menjadikan kumulatifnya mencapai 168,703.

Jawa Tengah merekodkan 924 kes sembuh,  Jawa Barat 916, Sulawesi Selatan 847 dan Jawa Timur 799 kes.

Related posts

Leave a Comment