PUTRAJAYA 20 Dis. – Kerajaan melanjutkan pengecualian visa bagi warga negara India sehingga 31 Disember 2026, kata Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Awang Alik Jeman.
Beliau berkata, lanjutan itu susulan kepengerusian Malaysia bagi ASEAN 2025 dan persediaan kepada Tahun Melawat Malaysia 2026
“Terdahulu kerajaan turut memberikan pelanjutan pengecualian visa kepada tarikh yang sama kepada warga negara China.
“Pelan Liberalisasi Visa diwujudkan oleh kerajaan bagi prospek meningkatkan sektor ekonomi dan pelancongan di Malaysia tanpa berkompromi kepada aspek keselamatan negara,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Awang Alik berkata, salah satu inisiatif bawah Pelan Liberalisasi Visa berkenaan ialah pemberian pengecualian visa bagi tempoh selama 30 hari kepada warganegara Republik Rakyat China yang berkuat kuasa mulai 1 Disember 2023 sehingga 31 Disember 2026 manakala bagi warga India sehingga 31 Disember ini.
