Sembilan lagi kluster baharu

PUTRAJAYA 2 Jan. – Sebanyak 294 daripada 523 kluster tamat hari ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 229 kluster.

Empat kluster yang tamat hari ini adalah Kluster Seri Wangsa, Kluster Batu Lima, Kluster OAD dan Kluster Kasah.

Sebanyak 45 kluster melaporkan pertambahan kes pada hari ini termasuk Kluster Harum (206 kes), Kluster Bukit Pasir (174 kes) dan Kluster Tapak Bina Lebuh (137 kes).

Terdapat sembilan kluster baharu dikenal pasti pada hari ini iaitu:

  • KLUSTER HARUM

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di negeri Johor. Kes-kes bagi kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 2 Januari 2021 melalui saringan bersasar di tempat kerja. Sehingga 2 Januari 2021, sejumlah 435 individu disaring, di mana 206 kes dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER TAPAK BINA CASUARINA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Sepang dan Petaling di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 27 Disember 2020 melalui saringan bersasar di tempat kerja. Sehingga 2 Januari 2021, sejumlah 289 individu disaring, di mana 53 kes dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER BATU LAPAN

Kluster ini melibatkan daerah Tambunan, Ranau dan Kota Belud di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-101678) dilaporkan positif Covid-19 pada 26 Disember 2020 melalui saringan kontak rapat. Sehingga 2 Januari 2021, sejumlah 341 individu disaring, di mana 52 kes dikesan positif dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN BBN

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Seremban di Negeri Sembilan. Kes-kes bagi kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 18 Disember 2020 melalui saringan bersasar di tempat kerja. Sehingga 2 Januari 2021, sejumlah 63 individu disaring, di mana 27 kes dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER DEWANI

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes-kes bagi kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 2 Januari 2021 melalui saringan bersasar di tempat kerja. Sehingga 2 Januari 2021, sejumlah 147 individu disaring, di mana 25 kes dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER RENGGAM

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling, Sepang dan Klang di negeri Selangor. Kes-kes bagi kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 29 Disember 2020 melalui saringan bersasar di tempat kerja. Sehingga 2 Januari 2021, sejumlah 1,000 individu disaring, di mana 20 kes dikesan positif dalam kluster ini.

  • KLUSTER BELUKAR

Kluster ini melibatkan daerah Machang di Kelantan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-103887) dilaporkan positif Covid-19 pada 26 Disember 2020 melalui saringan individu dari kawasan berisiko tinggi. Sehingga 2 Januari 2021, sejumlah 194 individu telah disaring, di mana 17 kes dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER KOLAM PERMAI

Kluster ini melibatkan daerah Kuala Terengganu dan Kemaman di Terengganu serta daerah Petaling di Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-109314) dilaporkan positif Covid-19 pada 30 Disember 2020 melalui saringan individu bergejala. Sehingga 2 Januari 2021, sejumlah 93 individu disaring, di mana sembilan kes dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER MADOR

Kluster ini melibatkan daerah Meradong dan Sibu di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-110418) dilaporkan positif Covid-19 pada 30 Disember 2020 melalui saringan individu dari kawasan berisiko tinggi. Sehingga 2 Januari 2021, sejumlah 322 individu disaring, di mana lapan kes dikesan positif dalam kluster ini.

Related posts

Leave a Comment