101 kes, 9 kematian di Saudi

RIYADH 2 Jan. – Kes jangkitan koronavirus Covid-19 di Arab Saudi menunjukkan penurunan dengan mencatatkan 101 kes pada Sabtu berbanding 137 kes pada Jumaat dan 140 kes pada 31 Disember 2020.

Kementerian Kesihatan juga mengumumkan sembilan lagi kematian yang menjadikan jumlah pesakit yang meninggal dunia sebanyak 6,239.

Jumlah keseluruhan kes positif pula adalah 362,979 dengan jumlah kes aktif sebanyak 2,477 di mana 354 kes kritikal.

Di samping itu, sebanyak 182 lagi pesakit dilaporkan sembuh yang membawa kepada 354,263 pesakit pulih.

Sementara itu daripada 101 kes baharu hari ini, Riyadh merekodkan 43 kes diikuti Makkah 24 dan wilayah Timur 14 kes.

Related posts

Leave a Comment