Terendah 851, tertinggi 2,525

KES baharu terendah direkodkan pada 2 Disember dengan 851 dan tertinggi 2,525 pada 31 Disember 2020.

Kadar kebolehjangkitan (nilai R) masih lagi tinggi, justeru kerajaan melanjutkan PKPP sehingga 31 Mac 2021 kecuali Selangor, KL dan Sabah yang masih di bawah PKPB dan lokaliti-lokaliti tertentu yang dikenakan PKPD.

Kes baharu yang tinggi ini banyak disumbangkan pelaksanaan saringan wajib terhadap pekerja asing selain kes jangkitan dalam komuniti.

Biarpun kita bebas merentas negeri dan daerah, patuhilah SOP dan amalkan langkah pencegahan bagi mengelak dijangkiti dan menjangkiti.

Elak tempat sesak, sempit dan bersembang jarak dekat (3S).

Pakai pelitup muka, kerap cuci tangan dan sentiasa peka amaran/nasihat KKM (3W).

3S dan 3W – vaksin paling berkesan buat masa ini.

Related posts

Leave a Comment