Singapura kini 58,662 kes

SINGAPURA 2 Jan. – Kementerian Kesihatan Singapura mengesahkan 33 kes baharu Covid-19  sehingga tengah hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 58,662 kes.

Kesemuanya adalah kes import dan dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau diasingkan sebaik tiba di Singapura.

Jumlah yang direkodkan hari ini adalah yang tertinggi dicatatkan sejak 15 September , apabila 34 kes dilaporkan.

Enam daripada 33 kes baharu itu, adalah penduduk tetap dan sembilan merupakan pembantu rumah asing.

Sementara itu, kementerian juga mengumumkan bahawa Mandarin Orchard telah diberi kebenaran untuk dibuka semula setelah siasatan mendapati tiada penularan lanjut selain 13 kes import yang menjalani SHN di hotel itu.

Semua kakitangan hotel diuji negatif menggunakan ujian reaksi rantaian polimerase (PCR), sementara ujian serologi 11 kakitangan adalah positif, menunjukkan kemungkinan ia jangkitan masa lalu.

Dapatan ini menunjukkan bahawa tiada penularan baru di Mandarin Orchard Singapore.

Related posts

Leave a Comment