KUALA LUMPUR 20 Dis. – Sebanyak 442 individu ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang melibatkan aktiviti pusat hiburan. Mereka adalah antara 672 individu yang ditahan atas kesalahan ingkar arahan PKP sepanjang semalam, 19 Disember 2020. Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, daripada 672 individu yang ditahan itu, 643 telah dikompaun manakala 29 lagi direman. Kesalahan lain adalah 90 individu tidak memakai pelitup muka, 78 gagal memathui arahan penjarakan fizikal, 37 yang lain gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan manakala baki 25 lagi atas kesalahan lain. Beliau…
Read MoreYear: 2020
Menanti pembunuh Adib
SELEPAS dua tahun, pembelaan terhadap Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim masih menimbulkan tanda tanya. Apakah akan terbela kematiannya atau mereka yang bertanggungjawab terhadap kematiannya terlepas begitu sahaja? Atau Adib hanya akan dikenang setiap kali hari kematiannya? Ramai yang menunggu bilakah penjenayah yang bertanggungjawab boleh dihadapkan ke mahkamah. Apa pun keputusannya, sama ada mahu disiasat lagi dan lagi, yang penting, mereka yang menyebabkan kematian anggota bomba itu perlu dihukum dengan setimpal. Hari ini, kerajaan memberi jaminan satu siasatan yang lebih adil akan dijalankan berhubung kes kematian anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib…
Read MoreKeputusan sukar demi rakyat
PERDANA Menteri Boris Johnson berkata, beliau perlu mengambil keputusan yang sukar demi melindungi rakyat negara itu ketika penularan wabak Covid-19. Katanya, dengan berat hati, sambutan Krismas kali ini tidak dapat diteruskan seperti dirancang berikutan risiko variasi virus baharu Covid-19 yang mempunyai kadar jangkitan yang pantas. “ Ya, Krismas tahun ini menjadi sangat berbeza, tetapi kita mesti realistik,” katanya Beliau berkata adalah lebih baik mengorbankan peluang bertemu orang tersayang pada hari Krismas ini, tetapi mempunyai peluang lebih baik untuk melindungi nyawa mereka supaya dapat melihat mereka pada hari Krismas akan datang.…
Read MoreMedia Hari Ini 20.12.2020
158 kes Saudi
RIYADH 19 Dis. – Arab Saudi merekodkan 158 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 360,848 kes. Menurut Kementerian Kesihatan, kes aktif pula adalah 3,014 kes di mana 425 adalah kes kritikal. Sebanyak 11 lagi pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 dan menjadikan jumlah kumulatif meninggal dunia meningkat kepada 6,112 orang. Kementerian juga merekodkan 149 kes pesakit sembuh yang membawa kepada jumlah pulih 351,722, atau 97.5 peratus. Sementara itu Riyadh merekodkan 44 kes diikuti Makkah 32, wilayah Timur 26 dan Madinah 16 kes.
Read More13 kes tempatan
BANGKOK 19 Dis –Thailand merekodkan 12 kes penularan tempatan Covid-19, iaitu jumlah kes penularan tempatan harian tertinggi dalam tempoh lebih tujuh bulan. Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 Thaweesilp Wissnuyothin berkata kes tersebut antara 34 jangkitan baharu Covid-19 yang dikesan di negara itu dalam tempoh 24 jam lepas. Kesemua kes jangkitan tempatan berkenaan berkait dengan seorang penjual udang di sebuah pasar di Samut Sakhon, berhampiran bandar raya ini, katanya pada sidang media di sini hari ini. Beliau berkata wanita berusia 67 tahun terbabit yang tidak pernah ke luar negara, diuji positif C-19 pada 16 Dis lalu.…
Read MoreIndonesia catat 7,751 kes
JAKARTA 19 Dis. – Sebanyak 7,751 kes baharu positif Covid-19 dilaporkan di Indonesia hari ini menjadikan jumlah kumulatif 657,948 kes dengan kes aktif 102,029. Data yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan menunjukkan Jakarta merekodkan 1,899 kes, Jawa Barat 1,132, Jawa Tengah 998, Jawa Timur 752 dan Sulawesi Selatan 391. Bagi kes kematian pula, sebanyak 145 lagi pesakit meninggal dunia menjadikan 19,659 kematian atau 3.0 peratus daripada jumlah pesakit. Jawa Timur merekodkan kematian tertinggi iaitu 48 orang diikuti Jawa Tengah 24 dan Jakarta 20. Kes sembuh pula menunjukkan peningkatan apabila 4,265 lagi pesakit…
Read MoreLima lagi kluster baharu
SEHINGGA 19 Disember 2020, terdapat 440 kluster dilaporkan termasuk lima kluster baharu. Jumlah kluster yang tamat pula adalah sebanyak 241 termasuk tiga kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Softwood LD di Sabah, Kluster Besi Demak di Sarawak dan Kluster Rajawali di Pulau Pinang. Ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 199 kluster. Daripada jumlah tersebut, 41 kluster melaporkan pertambahan kes pada hari ini. Kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Kluster Tapak Bina Jalan Stadium (167 kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (96 kes), dan Kluster Tembok (80 kes). Lima kluster baharu yang dikenal pasti : KLUSTER TAPAK BINA JALAN…
Read MoreSelangor dahului kes harian
SELANGOR kekal melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 401 kes (34.8 peratus). Ini diikuti oleh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 281 kes (24.4 peratus)dan Sabah yang melaporkan sebanyak 199 kes (17.3 peratus). Sebanyak 176 kes (15.3 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara dan depot tahanan imigresen yang membabitkan Kluster Penjara Jalan Harapan (96 kes) dan Kluster Tembok (80 kes). Daripada 401 kes di Selangor, 130 adalah dari kluster sedia ada, 26 dari kluster baharu (Tapak Bina Jalan Zuhrah), 119 saringan kontak rapat dan 126 lain-lain saringan. Bagi Kuala Lumpur pula, 207 kes dari kluster sedia ada,…
Read MoreKes 1,153 , satu kematian
PUTRAJAYA 19 Dis. – Sebanyak 1,153 kes baharu Covid-19 dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara ini sebanyak 91,696 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah. Daripada jumlah itu terdapat dua kes import dilaporkan yang menerima jangkitan dari luar negara sementara kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 kini menjadi 15,294 kes. Dr Noor Hisham dalam satu kenyataan berkata terdapat pertambahan satu kes kematian baharu akibat Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian kini sebanyak 433 individu. Kes kematian tersebut melibatkan seorang warga emas berusia 76 tahun di Hospital Pulau Pinang. Setakat…
Read More