Indonesia catat 7,751 kes

JAKARTA 19 Dis. – Sebanyak 7,751 kes baharu positif Covid-19 dilaporkan di Indonesia hari ini menjadikan jumlah kumulatif 657,948 kes dengan kes aktif 102,029.

Data yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan menunjukkan Jakarta merekodkan 1,899 kes, Jawa Barat 1,132, Jawa Tengah 998, Jawa Timur 752 dan Sulawesi Selatan 391.

Bagi kes kematian pula, sebanyak 145 lagi pesakit meninggal dunia menjadikan 19,659 kematian atau 3.0 peratus daripada jumlah pesakit.

Jawa Timur merekodkan kematian tertinggi iaitu 48 orang diikuti Jawa Tengah 24 dan Jakarta 20.

Kes sembuh pula menunjukkan peningkatan apabila 4,265 lagi pesakit sembuh menjadikan jumlah kumulatif 536,260 orang atau 81.5 peratus daripada jumlah kes.

Jakarta merekodkan 1.103 kes sembuh dengan kumulatifnya  mencapai 144.988 kes diikuti Jawa Barat sebanyak 636, Jawa Timur 520, Kalimantan Timur 249 dan Jawa Tengah 231.

Related posts

Leave a Comment