158 kes Saudi

RIYADH 19 Dis. – Arab Saudi merekodkan 158 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 360,848 kes.

Menurut Kementerian Kesihatan, kes aktif pula adalah 3,014 kes di mana 425 adalah kes kritikal.

Sebanyak 11 lagi pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 dan menjadikan jumlah kumulatif meninggal dunia meningkat kepada 6,112 orang.

Kementerian juga merekodkan 149 kes pesakit sembuh yang membawa kepada jumlah pulih 351,722, atau 97.5 peratus.

Sementara itu Riyadh merekodkan 44 kes diikuti Makkah 32, wilayah Timur 26 dan  Madinah 16 kes.

Related posts

Leave a Comment