Lima lagi kluster baharu

SEHINGGA 19 Disember 2020, terdapat 440 kluster dilaporkan termasuk lima kluster baharu. Jumlah kluster yang tamat pula adalah sebanyak 241 termasuk tiga kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Softwood LD di Sabah, Kluster Besi Demak di Sarawak dan Kluster Rajawali di Pulau Pinang. 

Ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 199 kluster. Daripada jumlah tersebut, 41 kluster melaporkan pertambahan kes pada hari ini. Kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Kluster Tapak Bina Jalan Stadium (167 kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (96 kes), dan Kluster Tembok (80 kes).

Lima kluster baharu yang dikenal pasti :

  1. KLUSTER TAPAK BINA JALAN ZUHRAH

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling di negeri Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 14 Disember  melalui saringan tempat kerja di sebuah tapak binaan. Sehingga 19 Disember, sejumlah 450 individu disaring, di mana 49 kes dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.

2. KLUSTER KERIS RESIDENCE

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kota Kinabalu dan Tuaran di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-80664) dilaporkan positif Covid-19 pada 12 Disember melalui saringan individu bergejala. Sehingga 19 Disember, sejumlah 65 individu disaring, di mana 41 kes dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini. 

3. KLUSTER JALAN TIMAH

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru dan Kulai di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-90535) dilaporkan positif Covid-19 pada 18 Disember melalui saringan individu bergejala. Sehingga 19 Disember, sejumlah 238 individu disaring, di mana 26 kes dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.

4. KLUSTER BRUMAS

Kluster ini melibatkan daerah Kalabakan di negeri Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-74561) dilaporkan positif Covid-19 pada 8 Disember hasil saringan kendiri. Sehingga 19 Disember, sejumlah 89 individu disaring, di mana 16 kes dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.

5. KLUSTER LONG PANJI

Kluster ini melibatkan daerah Kota Bharu dan Machang di negeri Kelantan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-86605) telah dilaporkan positif Covid-19 pada 15 Disember melalui saringan individu bergejala. Sehingga 19 Disember, sejumlah 202 individu disaring, di mana 11 kes dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.

Related posts

Leave a Comment