Kes 1,153 , satu kematian

PUTRAJAYA 19 Dis. – Sebanyak 1,153 kes baharu Covid-19 dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara ini sebanyak 91,696 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah.

Daripada jumlah itu terdapat dua kes import dilaporkan yang menerima jangkitan dari luar negara sementara kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 kini menjadi 15,294 kes.

Dr Noor Hisham dalam satu kenyataan berkata terdapat pertambahan satu kes kematian baharu akibat Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian kini sebanyak 433 individu.

Kes kematian tersebut melibatkan seorang warga emas berusia 76 tahun di Hospital Pulau Pinang.

Setakat ini, terdapat sebanyak 112 kes yang sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, 56 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Kes sembuh akibat Covid-19 pula mencatatkan pertambahan sebanyak 988 kes menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sebanyak 76,242 kes.

Related posts

Leave a Comment