Tidak potong bekalan elektrik

PUTRAJAYA 21 Dis. – Keputusan melegakan apabila kerajaan memberi jaminan tidak akan memotong bekalan  elektrik di premis pengguna domestik di Semenanjung dan Sabah yang mempunyai tunggakan kurang daripada enam bulan. Menteri Tenaga dan Sumber Asli Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata inisiatif itu hasil kerjasama dan persetujuan Tenaga Nasional Bhd (TNB) dan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB). Langkah itu (sepanjang tempoh 1 Jan hingga 31 Mac 2021), akan memberi manfaat kepada 6.94 juta pengguna domestik di Semenanjung dan 500,000 pengguna domestik di Sabah yang layak. “Kategori pengguna ini akan diberi kemudahan untuk membuat pembayaran secara…

Read More

Mohon i-Sinar mulai hari ini

KUALA LUMPUR 21 Dis. – Lapan juta ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) layak mengemukakan permohonan i-Sinar melalui dalam talian bermula hari ini. Terdapat dua kategori kriteria kelayakan untuk memohon i-Sinar iaitu bagi kategori 1, semua pemohon layak termasuk ahli yang bekerja di sektor formal, yang bekerja sendiri, yang bekerja di dalam sektor ekonomi gig, yang sudah lama tidak mencarum, yang hilang pekerjaan, suri rumah atau yang diberi notis cuti tanpa gaji. Kriteria bagi kategori 1 adalah ahli yang tiada caruman dengan KWSP sekurang-kurangnya selama dua bulan berturut-turut semasa permohonan…

Read More

6,982 kes baharu Indonesia

KEMENTERIAN Kesihatan Indonesia mengumumkan 6,982 kes baharu Covid-19 yang membawa jumlah keseluruhan 664,930 kes. Sebanyak 221 lagi pesakit meninggal dunia yang menjadikan jumlah kumulatif kematian meningkat kepada 19,880 orang. Kes sembuh pula meningkat kepada 541,811 Sementara itu, Jakarta merekodkan kes tertinggi iaitu 1,592 kes yang membawa jumlah kumulatif  163,111. Jawa Barat pula merekodkan 1,052 kes, Jawa Tengah 878, Jawa Timur 724, Sulawesi Selatan 489, dan Yogyakarta 210.

Read More

Naik mendadak di Thailand

BANGKOK: Thailand mengesahkan 576 kes jangkitan baharu Covid-19 pada Ahad 20 Disember, satu kenaikan mendadak termasuk melibatkan 516 kes pekerja asing yang dikaitkan dengan pasar makanan laut di Samut Sakhon.. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA kes-kes baharu itu termasuk 19 penularan tempatan di Bangkok dan di wilayah barat daya Samut Sakhon, di mana 516 jangkitan juga dikesan manakala 41 lagi kes import. Kesemua kes tersebut dikaitkan dengan sebuah pasar udang di Samut Sakhon yang kini dikenakan perintah berkurung. Kebanyakan pekerja asing di Samut Sakhon berasal dari Myanmar, yang mengalami…

Read More

162 kes baharu di Saudi

RIYADH 20 Dis. – Arab Saudi merekodkan 162 kes baharu Covid-19 yang mwmbawa kepada jumlah keseluruhan sebanyak 361,010. Menurut Kementerian Kesihatan, 10 lagi pesakit meninggal dunia yang membawa jumlah keseluruhan 6,122. Sebanyak 156 pesakit dilaporkan sembuh dalam tempoh 24 jam dan ini membawa kepada 351,878 kes pulih atau 97.5 peratus.. Sementara itu Riyadh merekodkan 40 kes baharu, diikuti Makkah 39, Madinah 30 dan wilayah Timur 25.

Read More

Tiga kluster baharu

PUTRAJAYA 20 Dis. – Setakat ini, terdapat 443 kluster dilaporkan termasuk tiga kluster baharu hari ini manakala  244 kluster tamat termasuk tiga pada hari ini iaitu Kluster Saga, Kluster Tatahan dan Kluster Sakti di Sabah. Ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 199 dan daripada jumlah tersebut, sebanyak 44 kluster melaporkan pertambahan kes pada hari ini. Kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Kluster Tapak Bina Metropolis (140 kes), Kluster Ceram (107 kes), dan Kluster Penjara Jalan Harapan (58 kes). Sementara itu, tiga kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini adalah 1. KLUSTER TAPAK BINA METROPOLIS Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah…

Read More

Selangor terus mendahului kes

SELANGOR terus kekal merekodkan kes harian tertinggi Covid-19 dengan 441 kes diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 284 kes dan Sabah 196 kes. Negeri Sembilan merekodkan 169 kes, Johor (156 kes), Pulau Pinang (30 kes), Wilayah Persekutuan Labuan (27 kes) dan Pahang dengan 12 kes. Perak merekodkan 10 kes, Kedah (enam kes) dan Sarawak (tiga kes), manakala Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Terengganu masing-masing dua kes, selain satu kes di Melaka dan Kelantan.

Read More

1,340 kes baharu, 4 kematian

PUTRAJAYA 20 Dis. – Sebanyak 1,340 kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini yang menjadikan jumlah keseluruhan 93,309 dengan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan kini 15,563 kes. Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada jumlah kes baharu hanya tiga kes merupakan kes import, sementara 1,337 kes adalah penularan dalam negara. Daripada jumlah kes baharu Ini, sebanyak 134 kes atau 10 peratus melibatkan kluster di penjara dan depot tahanan imigresen iaitu Kluster Penjara Jalan Harapan di Selangor 58 kes, Kluster Tembok Gajah, Johor (56 kes), Kluster Tembok, Kedah (10 kes), Kluster Penjara Seberang Perai, Pulau Pinang (lapan kes) dan Kluster Penjara Kepayan, Sabah (dua kes). Sementara itu, terdapat…

Read More