672 individu ditahan

KUALA LUMPUR 20 Dis. – Sebanyak 442 individu ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang melibatkan aktiviti pusat hiburan.

Mereka adalah antara 672 individu yang ditahan atas kesalahan ingkar arahan PKP sepanjang semalam, 19 Disember 2020.

Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, daripada 672 individu yang ditahan itu, 643 telah dikompaun manakala 29 lagi direman.

Kesalahan lain adalah  90 individu tidak memakai pelitup muka, 78 gagal memathui arahan penjarakan fizikal, 37 yang lain gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan manakala baki 25 lagi atas kesalahan lain.

Beliau juga menjelaskan Operasi Benteng pada 19 Dis telah berjaya menahan 83 Pendatang Tanpa Izin (Pati) dan seorang tekong serta merampas 3 kenderaan darat.

Menerusi Ops Benteng juga sebanyak 118 Sekatan Jalan Raya (SJR) telah dilakukan.

Dalam satu kenyataan, beliau menjelaskan sebanyak 2,368 Pasukan Pematuhan yang melibatkan 10,582 anggota membuat pemantauan di 3,482 pasar raya, 4,814 restoran serta 1,572 penjaja, 1,238 kilang, 3,124 bank dan 699 pejabat kerajaan.

Ismail Sabri turut memaklumkan sehingga 19 Disember , sebanyak 14,007 jumlah pemeriksaan telah dilakukan oleh anggota penguat kuasa Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) yang melibatkan 8,000 tapak binaan di seluruh negara.

“Semalam (19 Dis), anggota penguatkuasa telah membuat pemeriksaan di 7 tapak binaan di seluruh Malaysia dan kesemua 7 tapak binaan mematuhi SOP yang telah ditetapkan,” katanya lagi.

Related posts

Leave a Comment