Pub: PBT diarah bertindak

AYER KEROH: Pihak berkuasa tempatan (PBT) diarah mengambil tindakan lebih tegas terhadap pengusaha pub dan kelab malam yang berdegil menjalankan operasi ketika Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Menteri Kanan Pertahanan,  Ismail Sabri Yaakob berkata, ini kerana kesalahan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) membabitkan pusat hiburan itu direkodkan hampir setiap hari. “Ambil tindakan yang keras… batalkan lesen dan sebagainya… senarai hitam mereka ini supaya walaupun PKPP sudah tamat, jangan benarkan mereka beroperasi. “Kuasa ini adalah kuasa di negeri… kuasa sebenar terletak kepada (PBT) daerah-daerah. “Saya harap majlis daerah, majlis perbandaran, majlis…

Read More

Penghormatan teristimewa

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Mohd Najib Tun Razak menyifatkan keputusan kerajaan untuk melangsungkan Istiadat Pengebumian Negara terhadap Allahyarham ibundanya, Tun Rahah Tan Sri Mohamed Noah yang meninggal dunia pada Jumaat adalah satu penghormatan teristimewa. Jelasnya, istiadat itu akan menjadi kenangan kepada seluruh keluarga Allahyarham ayahandanya, perdana menteri kedua, Abdul Razak Hussein. Saya atas nama diri saya dan keluarga merakamkan ucapan terima kasih kepada kerajaan di atas keputusan anugerah Pengebumian Negara di atas bonda saya Tun Hajah Rahah, ini sudah tentu penghormatan yang teristimewa. “Saya percaya akan menjadi kenangan manis…

Read More

Selamat dikebumikan

KUALA LUMPUR: Jenazah Allahyarham Tun Hajah Rahah Tan Sri Mohd Noah selamat dikebumikan sekitar jam 3.15 petang tadi di Lingkaran Makam Pahlawan, Masjid Negara di ibu negara. Terdahulu, jenazah Allahyarhamah tiba di Masjid Ar-Rahah, Kampung Kerinchi untuk dimandi dan dikafankan sebelum orang ramai dibenar memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham bermula 9 pagi hingga 1 tengah hari ini. Selepas urusan penghormatan terakhir itu, jenazah Allahyarhamah dibawa ke Masjid Negara bagi Istiadat Pengebumian Negara.

Read More

Sumber kekuatan, keberanian

SINGAPURA 19 Dis. – Tun Rahah Mohamed Noah merupakan sumber kekuatan, keberanian dan inspirasi keluarganya serta seluruh rakyat Malaysia, kata Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong.  “Allahyarhamah berdiri teguh di sisi suaminya, Tun (Abdul) Razak (Hussein), semasa beliau mengemudi Malaysia pada waktu-waktu yang kritikal dalam sejarah negara itu,” kata Lee dalam hantaran terkini di laman Facebooknya hari ini. “Allahyarhamah akan dikenang kerana kesetiaannya kepada negara dan keluarga,” kata beliau lagi dalam hantaran yang turut memuat naik gambar Tun Rahah. Pada permulaan hantaran itu, Lee menulis bahawa beliau “amat berdukacita” apabila mendengar berita pemergian Tun Rahah, yang…

Read More

Moderna vaksin kedua lulus

VAKSIN koronavirus Moderna Inc pada Jumaat menjadi yang kedua mendapat kebenaran penggunaan kecemasan (EUA) dari Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) Amerika Syarikat (AS). FDA mengumumkan kebenaran itu pada Jumaat, sehari setelah panel pakar luar agensi itu mengesahkan penggunaannya. Keputusan itu menandakan kebenaran pengawalseliaan pertama di dunia untuk vaksin Moderna dan pengesahan teknologi mRNA dalam vaksin itu. Syarikat bioteknologi itu telah bekerjasama dengan kerajaan AS untuk mempersiapkan pengedaran sebanyak 5.9 juta dos seawal hujung minggu ini. Keputusan FDA berdasarkan pada hasil kajian peringkat akhir 30,000 sukarelawan yang mendapati vaksin itu hampir…

Read More

75.5 juta kes, 1.6 juta kematian

JUMLAH kes jangkitan Covid-19 di seluruh dunia meningkat kepada 75.5 juta kes dengan jumlah kematian global pula 1.6 juta orang sementara kes sembuh pula 42.6 juta. Menurut data Johns Hopkins University, setakat 9.30 pagi ini, daripada 75,588,781 kes , Amerika Syarikat (AS) mendahului dengan 17,442,180 kes dengan kematian pula mencecah 313,246. India merekodkan 9,979,447 kes, kedua tertinggi dengan jumlah kematian di kedudukan ketiga iaitu 144,789 sementara Brazil merekodkan 7,162,978 kes dan kematian kedua tertinggi dengan 185,650 orang. Rusia dan Perancis masing-masing merekodkan lebih dua juta kes iaitu 2,764,843 dan 2,499,465. Melebihi satu…

Read More

6,689 kes baharu Indonesia

KEMENTERIAN Kesihatan Indonesia mengumumkan sebanyak 6,689 kes baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif setakat ini 650,197 kes. Jakarta mencatatkan kes tertinggi iaitu 1,587 kes diikuti Jawa Barat 987, Jawa Timur 819, Sulawesi Selatan 531, Jawa Tengah 354 dan Kalimantan Tengah 280. Menurut data yang dikeluarkan, sebanyak 124 pesakit meninggal dunia yang membawa kepada jumlah keseluruhan 19,514 kematian. Kes pesakit sembuh pula meningkat kepada 531,995..

Read More