SELANGOR kekal melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 401 kes (34.8 peratus). Ini diikuti oleh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 281 kes (24.4 peratus)dan Sabah yang melaporkan sebanyak 199 kes (17.3 peratus).
Sebanyak 176 kes (15.3 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara dan depot tahanan imigresen yang membabitkan Kluster Penjara Jalan Harapan (96 kes) dan Kluster Tembok (80 kes).
Daripada 401 kes di Selangor, 130 adalah dari kluster sedia ada, 26 dari kluster baharu (Tapak Bina Jalan Zuhrah), 119 saringan kontak rapat dan 126 lain-lain saringan.
Bagi Kuala Lumpur pula, 207 kes dari kluster sedia ada, 35 saringan kontak rapat
37 lain-lain saringan, dan dua kes import.
Di Sabah, 33 adalah dari kluster sedia ada, 44 kluster baharu (Keris Residence & Brumas), 73 saringan kontak rapat dan 49 lain-lain saringan
Di Perak, 79 dari kluster sedia ada, dua saringan kontak rapat dan satu lain-lain saringan.
Johor pula melibatkan tujuh kes dari kluster sedia ada, 15 kluster baharu (Jalan Timah), 38 saringan kontak rapat
15 lain-lain saringan
Pulau Pinang : 12 kluster sedia ada, lima saringan kontak rapat, 13 lain-lain saringan
Labuan : Sembilan kluster sedia ada, tujuh saringan kontak rapat, tiga lain-lain saringan.
Negeri Sembilan: Tujuh kluster sedia ada, lima saringan kontak rapat dan enam
lain-lain saringan.
Pahang, satu dari kluster sedia ada, 11 saringan kontak rapat, empat llain-lain saringan.
Kedah : 10 dari kluster sedia ada, dua saringan kontak rapat, satu lain-lain saringan
Kelantan : tiga dari kluster baharu (Long Panji), lima saringan kontak rapat dan dua
lain-lain saringan.
Putrajaya : Satu dari kluster sedia ada, dua saringan kontak rapat, satu lain-lain saringan.
Melaka, dua saringan kontak rapat dan satu lain-lain saringan dan Sarawak, dua lain-lain saringan.