Kes pertama B1617 di Zimbabwe

HARARE: Zimbabwe mengesan kes pertama varian B1617 yang pertama kali dilaporkan di India, kata Naib Presiden Constantino Chiwenga.

Justeru, Chiwenga berkata, semua pelawat dari negara Asia itu akan diarahkan supaya menjalani kuarantin wajib.

Chiwenga, yang juga Menteri Kesihatan Zimbabwe, berkata dalam satu kenyataan bahawa kes-kes tersebut dikesan dalam kalangan sekumpulan orang di bandar Kwekwe setelah seorang pelajar pulang dari India pada 29 April.

“Sesiapa saja yang melakukan perjalanan dari atau melakukan persinggahan di India akan dikenakan kuarantin wajib di pusat kuarantin yang ditetapkan dan dengan kosnya ditanggung oleh mereka sendiri,” kata Chiwenga.

Para pelawat dari India akan menjalani ujian Covif-19 sebaik tiba di negara itu walaupun mereka sudah diuji di negara asal mereka.

Zimbabwe mencatatkan 38,595 kes Covid-19 dan 1,583 kematian sejak tahun lalu.

Seramai 600,579 orang sudah menerima vaksin dari China dan India.

Related posts

Leave a Comment