MUAR 9 Julai – Sokongan Pas adalah ikhlas dan dari hati ke hati apabila mengarahkan ahlinya mengundi calon Barisan Nasional (BN) di kerusi yang tidak ditandingi Perikatan Nasional (PN), kata Presidennya, Abdul Hadi Awang.
Abdul Hadi berkata apa yang dilakukan oleh Pas adalah keikhlasan sekali pun pucuk pimpinan tertinggi BN menganggap ia bukan jaminan gabungan itu membentuk kerjasama selepas Pilihan Raya Umum Dewan Negeri (PRU DN).
“Apa yang dilakukan kita (Pas) adalah keikhlasan. Yang penting dari hati ke hati, kalau ada jaminan pun…sign (tandatangan)….ada bersumpah pun, kalau tiada dari hati ke hati tiada makna.
“Terpulang kepada Presiden UMNO namun yang penting ialah keikhlasan kita,” katanya mengulas kenyataan Pengerusi BN, Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa sokongan Pas terhadap gabungan itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor tidak akan mempengaruhi kerjasama yang terjalin.
Bagaimanapun, Ahmad Zahid menghargai sokongan daripada Pas serta menjelaskan sokongan parti itu tidak akan mempengaruhi hala tuju BN dan UMNO selepas 11 Julai ini.
Terdahulu, Abdul Hadi menyampaikan ceramah Grand Finale PRN Johor di Simpang Jeram, Bakri di sini, malam tadi.
Hadir sama, Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man, Presiden Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Mukhriz Mahathir serta kesemua 11 calon Pas yang bertanding pada PRN ini.
Sebelum ini, Tuan Ibrahim meminta penyokong Pas mengundi calon UMNO di kerusi yang tidak ditandingi Pas bagi mengelakkan perpecahan undi dan memastikan kemenangan UMNO di Johor.
Beliau menegaskan di 16 kerusi DUN yang ditandingi Bersatu, ahli dan penyokong Pas diarahkan supaya memberikan sokongan penuh kepada calon parti itu.
Nnnn
