Pakai facemask yang sesuai

PEMAKAIAN ALAT PELITUP SEPARUH MUKA (FACEMASK) PEMAKAIAN alat pelitup separuh muka (facemask) merupakan satu kaedah pencegahan yang penting bagi mengelakkan penyebaran penyakit saluran pernafasan yang tersebar melalui virus, termasuk COVID-19. Facemask boleh digunakan sama ada untuk melindungi orang yang sihat daripada dijangkiti, atau untuk mencegah orang yang dijangkiti daripada menjangkiti orang lain. Penggunaan facemask boleh dibahagikan kepada penggunaan bagi tujuan perubatan dan penggunaan bukan perubatan (non-medical): 1. Penggunaan facemask bagi tujuan perubatan: • Petugas kesihatan perlu menggunakan perlindungan seperti disarankan dalam Guidelines on COVID-19 Management in Malaysia • Orang awam…

Read More

15 juta kes, 619,784 kematian

DUNIA merekodkan 15 juta kes jangkitan Covid-19 setakat 7 pagi ini, 23 Julai dengan jumlah kematian pula 619,784. Data Johns Hopkins University menunjukkan, Amerika Syarikat masih mendahului dengan 3,941,741 kes diikuti Brazil 2,159,654 dan India 1,193,078. AS dan Brazil juga menduduki tangga yang sama bagi angka kematian iaitu masing-masing 142,756 dan 81,487 kes manakala India di tempat ketujuh dengan 28,732 kes. Rusia pula berada di tangga keempat dengan angka jangkitan 787,846 berbanding semalam 782,040 kes. Empat buah negara merekodkan 300,000 kes iaitu Afrika Selatan 394,948, Mexico 362,274, Peru 362,087 dan Chile 334,683.…

Read More

Arab Saudi catat 258,156 kes

ARAB Saudi merekodkan 2,331 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam lalu dan pada masa yang sama 3,139 kes sembuh,  mengatasi kes baharu. Menurut Kementerian Kesihatan, jumlah keseluruhan kes setakat ini adalah 258,156 manakala 44 lagi meninggal dunia menjadikan 2,601 kes. Jumlah kes pulih pula meningkat kepada 210,398 kes manakala kes aktif sebanyak 45,157 dan 2,143 kritikal. Hufof merekodkan kes tertinggi iaitu 159, diikuti Taif 145, Riyadh 136, Mobarraz 121, Dammam 115, Khamis Mushayt 105, Makkah 97, Jeddah 96, Jazan 79 , Hail 71, Najran 70, Buraidah 63 dan Madinah…

Read More

Thailand sambung darurat

THAILAND melaporkan enam kes baharu Covid-19, kesemuanya melibatkan warganegara itu yang dikuarantin 14 hari selepas mereka tiba dari Mesir, Jerman dan Amerika Syarikat (AS). Empat pelajar lelaki yang tiba dari Mesir pada 8 Julai menaiki pesawat yang sama yang melibatkan 11 kes lain yang disahkan positif Wanita berusia 57 tahun yang pulang dari Jerman tiba di Bangkok pada 16 Julai dan disahkan positif pada Isnin. Seorang lagi wanita, 36 tiba dari Amerika Syarikat pada 10 Julai dan disahkan positif pada Isnin. Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA) Thaweeslip Wissanuyothin berkata,…

Read More

Pakailah jangan tak pakai

“ADAKAH semua pengunjung di dalam premis ini memakai topeng penutup muka ?” Ya Tidak. Soalan dan pilihan jawapan itu muncul setelah mengimbas kod QR SELangkah (Langkah Masuk Dengan Selamat-Selangor) sebelum memasuki ruang solat surau ketika waktu Asar pada Isnin lalu. Kebetulan sejurus selepas selesai perutusan khas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Muhyiddin semasa perutusan turut menyentuh sikap masyarakat terhadap Prosedur Operasi Standard (SOP) ketika Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Beliau mengingatkan amalan kebiasaan baharu atau new normal mesti diteruskan. Jangan kerana kes Covid-19 semakin berkurangan, kita tidak lagi memakai…

Read More

16 kes: 8 tempatan, 8 import

PUTRAJAYA: Sebanyak 16 kes baharu Covid-19 dicatatkan hari ini, 22 Julai dengan lapan kes import dan lapan lagi kes penularan tempatan. Dengan perkembangan ini, jumlah kumulatif kes positif Covid-19 sebanyak 8,831 kes. Tiada kematian dilaporkan. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 meningkat kepada 142 kes. “Lapan adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara, melibatkan empat rakyat Malaysia dan empat bukan warganegara yang merupakan pemastautin tetap atau dibenarkan masuk ke Malaysia atas urusan kerja,” katanya. Dalam satu kenyataan, beliau berkata, lapan orang itu pulang atau datang dari India, Rusia, Arab Saudi,…

Read More

Kluster Hyde Park, Melbourne

KEMENTERIAN Kesihatan memaklumkan dua kluster baharu yang dikenal pasti pada hari ini, 22 Julai 2020 1. Kluster Hyde Park Kluster ini dikesan di sebuah kapal di Pelabuhan Klang, Selangor. Kes indeks kluster ini (iaitu kes ke-8769) merupakan seorang krew kapal bukan warganegara (dari Rusia). Beliau mempunyai sejarah perjalanan ke Mesir dan India. Kluster ini dikenalpasti susulan saringan  Covid-19 yang telah dijalani oleh krew kapal tersebut sebelum pulang ke negara asal. Sehingga 22 Julai 2020 pukul 12 tengah hari, keseluruhannya 24 orang telah disaring, iaitu terdiri daripada empat kes positif Covid-19;…

Read More

Wawancara Ku Li di Utusan

IKUTI WAWANCARA DUA SIRI HARI INI DAN ESOK UTUSAN: Bagaimana kedudukan UMNO dalam PN? TENGKU RAZALEIGH: Ada perbezaan besar antara BN dengan MN dan PN. PN belum pun didaftarkan lagi. Cuma pakatan itu wujud oleh kerana Bersatu berpecah sesudah Tun Dr. Mahathir Mohamad meletak jawatan sebagai Pengerusi Pakatan Harapan. Apabila Bersatu tidak lagi memberi kepercayaan kepada kepimpinannya, dia letak jawatan, Bersatu berpecah dan (Tan Sri) Muhyiddin (Yassin) telah mengambil kesempatan untuk mengumpul orang dengan kerjasama orang lain maksud saya (Datuk Seri) Azmin (Ali) supaya dia mempunyai bilangan cukup untuk menubuhkan…

Read More