Arab Saudi catat 258,156 kes

ARAB Saudi merekodkan 2,331 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam lalu dan pada masa yang sama 3,139 kes sembuh,  mengatasi kes baharu.

Menurut Kementerian Kesihatan, jumlah keseluruhan kes setakat ini adalah 258,156 manakala 44 lagi meninggal dunia menjadikan 2,601 kes.

Jumlah kes pulih pula meningkat kepada 210,398 kes manakala kes aktif sebanyak 45,157 dan 2,143 kritikal.

Hufof merekodkan kes tertinggi iaitu 159, diikuti Taif 145, Riyadh 136, Mobarraz 121, Dammam 115, Khamis Mushayt 105, Makkah 97, Jeddah 96, Jazan 79 , Hail 71, Najran 70, Buraidah 63 dan Madinah 56.

Sementara itu, Masjidil Haram akan ditutup pada Hari Wukuf dan Aidiladha demi keselamatan jemaah serta persiapan ibadat haji tahun ini.

Pegawai Keselamatan Jeneral Muhammad Al-Ahmadi memaklumkan persediaan tahap pertama menjelang ibadat haji sudah selesai dengan aspek kesihatan sebagai fokus utama tahun ini.

Antara persediaan keselamatan yang sudah dilakukan termasuk mengawal kemasukan dan keluar jemaah ke Masjidilharam , selain memastikan penjarakan sosial dan keberkesanan langkah terhadap Covid-19.

Related posts

Leave a Comment