MINGGU ini sekali lagi nama saya dipilih untuk menunaikan solat Jumaat di Masjid Bandar Seri Putra (MBSP), daerah Kajang, Selangor.MAlhamdulillah terpilih dalam kalangan 1,400 jemaah. Di Selangor, kaedah yang digunakan adalah mereka yang layak perlu membuat permohonan kepada pihak masjid atau surau Jumaat. Itu ketetapan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Di MBSP, permohonan dibuka pada 20 Julai dan semalam jemputan rasmi dihantar melalui WhatsApp. Senarai nama juga dikeluarkan untuk semakan. Begitulah kaedah untuk solat Jumaat di Selangor. Justeru jemputan untuk solat Jumaat amat bernilai. Hargailah jemputan itu kerana mungkin…
Read MoreMonth: July 2020
8.7 juta kes sembuh
DARIPADA 15.4 juta kes Covid-19 yang direkodkan di seluruh dunia setakat pukul 8 pagi ini (waktu tempatan), sebanyak 8.7 juta kes dilaporkan sembuh manakala 631,811 pesakit meninggal dunia. Menurut data Johns Hopkins University, Brazil mencatatkan 1,620,313 kes sembuh tertinggi berbanding tempat kedua kes tertinggi dengan catatan 2,287,475 kes serta 84,082 kematian juga di kedudukan kedua selepas Amerika Syarikat (AS). Setakat ini daripada 15,435,114 kes, AS mendahului dengan 4,032,430 kes dan juga kematian tertinggi iaitu 144,167 manakala kes sembuh pula 1,233,269. India merekodkan 1,238,798 kes dengan kes sembuh juga berada di kedudukan…
Read MoreNikmat yang dilupakan
Media Hari Ini 24.07.2020
260,394 kes di Arab Saudi
ARAB Saudi merekodkan 2,238 kes baharu Covid-19 yang membawa jumlah keseluruhan kes dalam tempoh 24 jam sebanyak 260,394 kes. Bagi tempoh yang sama, sebanyak 34 kematian dilaporkan menjadikan jumlah yang meninggal dunia meningkat kepada 2,635. Menurut Kementerian Kesihatan, sebanyak 3,092 lagi pesakit telah pulih menjadikan kes sembuh yang dicatatkan 213,490. Kes aktif pula 44,269 di mana 2,170 kritikal. Sementara itu, daripada 2,238 kes baharu, Al Hufuf mencatatkan kes tertinggi iaitu sebanyak 147 diikuti Riyadh 143, Al Mobarraz 129, Makkah 119, Dammam 99 dan Taif 97. Dua bandar utama lain iaitu…
Read MoreKes Indonesia cecah 93,657
SINGAPURA merekodkan 354 kes baharu jangkitan Covid-19 dalam tempoh 24 jam lalu menjadikan jumlah keseluruhan kes 49,098, kebanyakan melibatkan pekerja asing yang tinggal di asrama. Terdapat lapan kes dalam komuniti dengan empat daripadanya adalah warga Singapura atau penduduk tetap dan empat pemegang pas kerja. Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kenyataan memaklumkan terdapat lima kes import dari individu yang diletakkan dalam Notis Duduk Dirumah (SHN) semasa tiba di Singapura. Setakat ini sebanyak 44,795 kes atau kira-kira 92 peratus daripada keseluruhan kes telah pulih manakala 150 kes masih di hospital, sebilangan besar stabil.…
Read MoreSembilan kes baharu
WALAUPUN kes berkurangan tetapi daripada sembilan kes baharu, enam adalah melibatkan penularan tempatan. Justeru terus berhati-hati, jangan leka dengan angka yang menurun. Sebaliknya patuhlah SOP termasuk penjarakan sosial 1 meter, memakai pelitup muka dengan mewajibkan diri memakainya dan kerap basuh tangan. PUTRAJAYA : Kembali kepada satu digit apabila sembilan kes baharu positif Covid-19 dilaporkan hari ini melibatkan enam kes penularan dalam negara dan tiga kes import, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif sebanyak 8,840 dengan jumlah kes aktif kebolehjangkitan virus itu 143 kes. Daripada enam kes penularan tempatan ,…
Read MoreWajib pakai 1 Ogos 2020
KUALA LUMPUR: Wajib pakai. Seperti dibayangkan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin pada Isnin lalu, pemakaian pelitup muka akhirnya diwajibkan bermula 1 Ogos di kawasan sesak seperti pengangkutan awam serta tempat-tempat awam. Menteri Kanan (Pertahanan), Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu dibuat berikutan kadar peningkatan kes yang kembali meningkat selain pematuhan rakyat terhadap SOP semakin berkurangan. Kadar pematuhan SOP seperti pemakaian pelitup muka dan penjarakan sosial dalam kalangan orang ramai semakin menurun dan dilihat tidak dipatuhi. “SOP di tempat-tempat awam yang bersesak tidak diendahkan oleh segelintir pihak jadi kerajaan membuat keputusan untuk…
Read MoreTurun harga pelitup muka
KUALA LUMPUR : Harga siling pelitup separuh muka akan diturunkan kepada RM1.20 seunit daripada RM1.50 bermula 15 Ogos, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Alexander Nanta Linggi. Beliau berkata harga borong bahan itu yang ketika ini RM1.45 seunit juga akan diturunkan kepada RM1.15 bermula pada tarikh sama. Penurunan harga itu, selaras dengan langkah kerajaan untuk menimbangkan keperluan mewajibkan pemakaian pelitup separuh muka di tempat awam seperti yang disaran Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. “Dari segi bekalan, tinjauan dan pemantauan mengenai pengeluaran serta pengedaran pelitup muka adalah mencukupi ditambah juga dengan…
Read MorePRK DUN Slim 29 Ogos
PUTRAJAYA : Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N58 Slim, Perak akan diadakan pada 29 Ogos. Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Dr Azmi Sharom berkata, hari penamaan calon pada 15 Ogos, manakala tarikh mengundi awal 25 Ogos. Tempoh berkempen selama 14 hari bermula daripada hari perisytiharan calon-calon bertanding sehingga pukul 11.59 malam 28 Ogos. Kerusi DUN Slim kosong selepas penyandangnya Mohd Khusairi Abdul Talib, 59, meninggal dunia di Hospital Bentong, Pahang pada 15 Julai lepas akibat serangan jantung ketika bermain golf di Awana…
Read More