ARAB Saudi merekodkan 1,686 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam lepas menjadikan jumlah keseluruhan kes hari ini, 31 Julai meningkat kepada 275,905. Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan, sebanyak 24 kematian juga dilaporkan yang membawa kepada 2,866 kes. Bagaimanapun jumlah kes sembuh mencecah 85 peratus atau 235,000 berbanding jumlah kes yang dilaporkan sebanyajk 275,905. Kes aktif pula kini 37,381 di mana 2,033 kes kritikal. Daripada jumlah jangkitan harian itu, Makkah mencatatkan 178 kes diikuti Khamis Mushayt 106 manakala Riyadh 99, kali pertama kurang daripada 100 kes. Lain-lain bandar juga mencatatkan kurang…
Read MoreMonth: July 2020
Kini ‘penjarakan fizikal‘
KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) memaklumkan istilah penjarakan sosial yang diguna pakai dalam prosedur operasi standard (SOP) bagi mencegah penularan wabak Covid-19 kini ditukar kepada penjarakan fizikal. Menurut Twitter KKM, penggunaan istilah penjarakan fizikal merujuk kepada orang ramai perlu mengamalkan jarak sekurang-kurangnya satu meter yang perlu dipatuhi dalam kebiasaan baharu. Selain itu orang ramai perlu mematuhi syarat yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan mereka yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan…
Read MoreJumaat Hari Jawi
Imbas kembali…Utusan Zaman Ghafar Tetap Timbalan Perdana Menteri-Mahathir
Read MoreImport 5, tempatan 7
PUTRAJAYA : Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan 12 kes baharu dengan satu kematian sehingga pukul 12 tengah hari Jumaat.menjadikan jumlah kes positif Covid -19 sebanyak 8,976 kes serta 125 kematian. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata daripada 12 kes baharu yang dilaporkan, lima adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan dua warganegara Malaysia dan tiga bukan warganegara yang dibenarkan masuk ke Malaysia. “Daripada tujuh kes penularan di dalam negara, lima adalah dalam kalangan warganegara Malaysia dan dua kes adalah dalam kalangan bukan warganegara Malaysia,…
Read MoreSituasi hari ini juga perlu pengorbanan
SELAMAT Hari Raya Aidiladha. Sekali lagi kita menyambut hari raya dalam suasana ‘dikawal’ SOP akibat Covid-19. Namun syukur Alhamdulillah kerana kali ini kita berpeluang solat Hari Raya Aidiladha di masjid atau surau. Selang beberapa jam, dapat pula solat Jumaat. Dua khutbah menjadi panduan. Walaupun masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), kita juga diberi kesempatan untuk melaksanakan ibadah korban dengan mematuhi SOP. Dalam erti kata lain, kita masih berpeluang melakukan ibadah walaupun ada batasnya mengikut pematuhan SOP. Tidak seperti Hari Raya Aidilfitri yang lepas, kita terpaksa solat hari raya di…
Read MorePenghulu segala hari
Media Hari Ini 31.07.2020
1,629 kes baharu di Saudi
ARAB Saudi melaporkan 1,629 kes baharu Covid-19 dengan 26 kematian pada Khamis, 30 Julai 2020. Ini menjadikan jumlah kes meningkat kepada 274,219 manakala jumlah kematian adalah 2,842. Daripada jumlah kes baharu itu, 137 dicatatkan di Hufof, Riyadh 114, Dammam 66, Najran 63, Madinah 60 dan Makkah 47. Jumlah kes sembuh adalah sebanyak 231,198 setelah 2,629 lagi pesakit disahkan pulih. Sebanyak 40,179 kes aktif di mana 2,044 kritikal.
Read MoreDirgahayu Tuanku
SELAMAT Hari Ulang Tahun Keputeraan ke-61 Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah. Semoga Seri Paduka Baginda dipanjangkan usia dan dikurniakan kesihatan yang berpanjangan. Hari ini juga genap setahun pertabalan Seri Paduka. Pada 31 Januari 2019 baginda diisytiharkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16.
Read MorePergolakan politik Sabah
DEWAN Undangan Negeri (DUN) Sabah dibubarkan hari ini, 30 Julai 2020 selepas mendapat perkenan Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin susulan permohonan dibuat oleh Ketua Menteri Sabah Mohd Shafie Apdal. Berikut adalah kronologi perkembangan politik Negeri Bawah Bayu yang membawa kepada pembubaran DUN itu: 9 Mei 2018 — Barisan Nasional (BN) Sabah terikat jumlah kerusi dengan Parti Warisan Sabah (Warisan) dan rakan partinya daripada Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang masing-masing memperoleh 29 kerusi daripada 60 kerusi Dewan Undangan Negeri. — Dua kerusi lagi dimenangi Parti Solidariti Rakyat Sabah (STAR). …
Read More