15 juta kes, 619,784 kematian

DUNIA merekodkan 15 juta kes jangkitan Covid-19 setakat 7 pagi ini, 23 Julai dengan jumlah kematian pula 619,784.

Data Johns Hopkins University menunjukkan, Amerika Syarikat masih mendahului dengan 3,941,741 kes diikuti Brazil 2,159,654 dan India 1,193,078.

AS dan Brazil juga menduduki tangga yang sama bagi angka kematian iaitu masing-masing 142,756 dan 81,487 kes manakala India di tempat ketujuh dengan 28,732 kes.

Rusia pula berada di tangga keempat dengan angka jangkitan 787,846 berbanding semalam 782,040 kes.

Empat buah negara merekodkan 300,000 kes iaitu Afrika Selatan 394,948, Mexico 362,274, Peru 362,087 dan Chile 334,683.

Sebelas negara merekodkan lebih 200,000 kes iaitu United Kingdom 297,952, Iran 281,413, Sepanyol 267,551, Pakistan 267,428, Arab Saudi 258,156, Itali 245,032, Turki 222,402, Perancis 215,605, Bangladesh 213,254, Colombia 211,038 dan Jerman 204,276.

Tiga negara merekodkan angka positif melebihi 100,000 iaitu  Argentina 136,118, Kanada 113,785 dan Qatar 107,871.

Sementara Iraq merekodkan 99,865 kes, Indonesia 91,751, Mesir 89,078 dan China 85,314.

Bagi kes kematian pula United Kingdom merekodkan 45,586 kes, Mexico 41,190, Itali 35,082, Perancis 30,175, Sepanyol 28,426, Iran 14,853, Peru 13,579, Rusia 12,722 dan Belgium 9,805.

Sementara itu sebanyak 8,557,991 kes dilaporkan pulih di mana Brazil mendahului dengan 1,579,194 diikuti AS 1,182,018, India 753,050, Rusia 570,984 dan Chile 306,816.

Related posts

Leave a Comment