260,394 kes di Arab Saudi

ARAB Saudi merekodkan 2,238 kes baharu Covid-19 yang membawa jumlah keseluruhan kes dalam tempoh 24 jam sebanyak 260,394 kes.

Bagi tempoh yang sama, sebanyak 34 kematian dilaporkan menjadikan jumlah yang meninggal dunia meningkat kepada 2,635.

Menurut Kementerian Kesihatan, sebanyak 3,092 lagi pesakit telah pulih menjadikan kes sembuh yang dicatatkan 213,490.

Kes aktif pula 44,269 di mana 2,170 kritikal.

Sementara itu, daripada 2,238 kes baharu, Al Hufuf mencatatkan kes tertinggi iaitu sebanyak 147 diikuti Riyadh 143, Al Mobarraz 129, Makkah 119, Dammam 99 dan Taif 97.

Dua bandar utama lain iaitu Madinah merekodkan 83 kes dan Jeddah 62.

Related posts

Leave a Comment