Sembilan kes baharu

WALAUPUN kes berkurangan tetapi daripada sembilan kes baharu, enam adalah melibatkan penularan tempatan. Justeru terus berhati-hati, jangan leka dengan angka yang menurun. Sebaliknya patuhlah SOP termasuk penjarakan sosial 1 meter, memakai pelitup muka dengan mewajibkan diri memakainya dan kerap basuh tangan.

PUTRAJAYA : Kembali kepada satu digit apabila sembilan kes baharu positif Covid-19 dilaporkan hari ini melibatkan enam kes penularan dalam negara dan tiga kes import,

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif sebanyak 8,840 dengan jumlah kes aktif kebolehjangkitan virus itu 143 kes.

Daripada enam kes penularan tempatan , empat kes adalah dalam kalangan warga Malaysia manakala dua kes melibatkan bukan warganegara.

Empat kes penularan dalam negara yang membabitkan warga tempatan itu dikesan di Sarawak melibatkan masing-masing satu kes daripada Kluster Stutong, Kluster Sentosa, Kluster Kejuruteraan Kuching manakala satu lagi kes masih dalam siasatan.

Kes jangkitan dalam negara dalam kalangan bukan warganegara pula dikesan di Sabah melalui saringan sebelum dibebaskan dari penjara dan satu kes di Kelantan iaitu saringan tahanan di penjara sebelum dipindahkan ke Depot Tahanan Imigresen.

Related posts

Leave a Comment