SINGAPURA : Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong mengumumkan barisan baharu Kabinet yang menampilkan tujuh muka baharu dan mengekalkan Heng Swee Keat sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Pada sidang media dalam talian pada 25 Julai, Lee berkata Swee Keat turut memikul tanggungjawab sebagai Menteri Penyelaras bagi Dasar-dasar Ekonomi. Katanya, tiga ahli Kabinet terdahulu akan bersara, enam lagi dinaikkan pangkat dan tujuh muka baharu dilantik. Secara keseluruhan, Lee berkata seramai 37 akan dilantik, iaitu sama dengan senarai kabinet pada 2015. Dua menteri kanan iaitu Teo Chee Hean dan Tharman Shanmugaratnam masing-masing kekal sebagai…
Read MoreMonth: July 2020
Ketatkan semula SOP PKP
PUTRAJAYA: Kerajaan bersetuju secara dasar untuk mengetatkan semula prosedur operasi standard (SOP) berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah dilonggarkan di bawah pelaksanaan PKP Pemulihan (PKPP). Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu diambil susulan peningkatan kes Covid-19 dalam tempoh hampir seminggu ini. Secara dasarnya keputusan ini dipersetujui dalam Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Berkenaan Pelaksanaan PKP hari ini. “Jawatankuasa teknikal akan berbincang esok untuk memperincikan SOP dan akan dibentangkan pada mesyuarat menteri-menteri Isnin ini,” katanya pada sidang media pada 25 Julai. Ismail Sabri berkata, SOP untuk Hari Raya Aidiladha…
Read More23 kes : 17 tempatan 6 import
PUTRAJAYA : Semakin meningkat. Semalam 21, hari ini 23.:Dengan perkembangan ini, kes jangkitan Covid-19 di dalam negara meningkat kepada 8,884 kes dan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan sebanyak 167 kes. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, enam adalah kes import melibatkan empat warganegara Malaysia dan dua bukan warganegara yang dibenarkan masuk ke Malaysia atas urusan kerja. Kes import tersebut mekibatkan tiga dari Singapura dan masing-masing satu dari Indonesia, Filipina dan Rusia. Dalam satu kenyataan, Dr Noor Hisham berkata penularan dalam negara pula mencatatkan 17 kes dengan 10 adalah dalam kalangan warga Malaysia sementara tujuh melibatkan warga…
Read MoreKes sembuh turut meningkat
SAMA seperti kenaikan kes jangkitan dan kematian Covid-19, jumlah kes sembuh turut menunjukkan peningkatan apabila pesakit yang pulih meningkat kepada 8.9 berbanding 8.7 juta kes semalam. Setakat pagi ini, data Johns Hopkins University menunjukkan jumlah kes sembuh adalah 8,982,020 manakala jumlah keseluruhan kes adalah 15,665,350 dan 638,169 kematian. Perangkaan semalam menunjukkan 15.4 juta kes dilaporkan dengan 631,811 kematian. Brazil dan Amerika Syarikat (AS) yang mencatatkan kes jangkitan dan kematian tertinggi turut merekodkan jumlah kes sembuh yang tinggi iaitu 1,693,214 dan 1,261,624. AS merekodkan 4,106,225 kes jangkitan dengan 145,324 kematian diikuti…
Read MoreMedia Hari Ini 25.07.2020
Makkah catat 195 kes
KETIKA Jeddah mula menerima kemasukan jemaah haji dari beberapa wilayah di Arab Saudi, kes Covid-19 di Makkah sebanyak 195 adalah yang tertinggi daripada 2,378 kes baharu yang dilaporkan pada Jumaat, 24 Julai. Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan, secara keseluruhan, jumlah kes kini meningkat kepada 262,772. Riyadh menduduki tempat kedua dengan 139 kes, Al Hufouf 135, Hafar Al Batin 130, Al Muharraz 123, Taif 114 dan Dammam 93. Jeddah pula merekodkan 53 kes dan Madinah 48 kes. Sebanyak 37 orang lagi meninggal dunia akibat Covid-19 menjadikan jumlah kematian meningkat kepada 2,672 kes.…
Read MoreJumaat bersejarah Hagia Sophia
Sebelum ini, bangunan berkenaan membenarkan semua penganut agama untuk bermeditasi dan menikmati keindahan seni bina bangunan yang dibina sejak kurun keenam itu. Bangunan itu ditukar kepada masjid pada 1453 ketika Uthmaniah menawan Istanbul. Solat Jumaat hari ini didahului dengan bacaan al-Quran. Turut diundang pemimpin dan pegawai daripada beberapa negara yang majoriti Muslim termasuk Qatar dan Azerbaijan. Hampir 20,000 pasukan keselamatan akan berada di kawasan itu untuk memastikan solat pertama dilakukan tanpa kejadian tidak diingini. Sebelum ini, Mahkamah Tinggi Turki membuat keputusan membatalkan status muzium Hagia Sophia. Ia selepas membenarkan permohonan…
Read More21 kes: 16 tempatan, 5 import
24 Julai Kes sembuh= 3 Jumlah kes sembuh= 8,577 Kes positif= 21 (kes import=5, kes tempatan=16) Jumlah positif= 8,861 Kes kematian=0 Jumlah kes kematian= 123 Kes dirawat di ICU= 5 Bantuan Alat Pernafasan= 2
Read MoreIklan lampu pam
JUMAAT HARI JAWI Iklan lampu pam 1987.
Read MoreWabak : Pendekatan Ibnu Sina
LANGKAH pencegahan kesihatan awam yang diambil oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam menangani wabak Covid-19 menepati kaedah sama yang pernah dilaksanakan oleh tokoh perubatan Islam, Ibnu Sina. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, walaupun berada pada zaman yang berbeza, prinsip asas kesihatan awam kekal dan tidak berubah. “Matlamat paling utama adalah meningkatkan kesihatan, khususnya dalam kalangan penduduk, dengan mengamalkan semua langkah pencegahan yang diperlukan,” katanya menerusi catatan di akaun Facebook miliknya hari ini. Dr Noor Hisham turut berkongsi petikan sebuah filem pada tahun 1968 yang melakonkan semula watak…
Read More