8.7 juta kes sembuh

DARIPADA 15.4 juta kes Covid-19 yang direkodkan di seluruh dunia setakat pukul 8 pagi ini (waktu tempatan), sebanyak 8.7 juta kes dilaporkan sembuh manakala 631,811 pesakit meninggal dunia.

Menurut data Johns Hopkins University, Brazil mencatatkan 1,620,313 kes sembuh tertinggi berbanding tempat kedua kes tertinggi dengan catatan 2,287,475 kes serta 84,082 kematian juga di kedudukan kedua selepas Amerika Syarikat (AS).

Setakat ini daripada 15,435,114 kes, AS mendahului dengan 4,032,430 kes dan juga kematian tertinggi iaitu 144,167 manakala kes sembuh pula 1,233,269.

India merekodkan 1,238,798 kes dengan kes sembuh juga berada di kedudukan ketiga iaitu 782,607 kes serta jumlah kematian 29,861, kedudukan ketujuh.

Data itu juga menunjukkan Rusia mencatatkan 793,720 kes manakala Afrika Selatan merekodkan 408,052 kes.

Peru, Mexico dan Chile masing-masing merekodkan lebih 300,000 kes iaitu 371,096, 370,712 dan 334,683.

Sebelas buah negara mencatatkan lebih 200,000 kes iaitu United Kingdom 298,721, Iran 284,034, Sepanyol 270,166, Pakistan 269,191, Arab Saudi 260,394, Itali

245,338, Turki 223,315, Colombia 218,428, Perancis 216,667, Bangladesh 216,110 dan Jerman 204,881.

Empat negara yang merekodkan lebih 100,000 kes adalah Argentina 148,027, Kanada 114,179, Qatar 108,244 dan Iraq 102,226 sementara Indonesia  mencatatkan 93,657 kes, Mesir 90,413 dan China 86,026.

Sementara itu, bagi kematian pula, United Kingdom merekodkan 45,639 kes diikuti Mexico 41,908, Itali 35,092, Perancis 30,185, India 29,861, Sepanyol 28,429, Peru 17,654, Iran 15,074, Rusia 12,873, Belgium 9,808, Jerman 9,110 dan Kanada 8,915.

Bagi kes sembuh pula, Rusia merekodkan 579,295 kes, Chile 306,816, Mexico 277,867, Peru 255,945, Iran 247,230, Afrika Selatan 236,260, Arab Saudi 213,490, Pakistan 213,175 dan Turki 206,365.

Related posts

Leave a Comment