44 hari tanpa kes tempatan

INDONESIA mencatatkan 1,853 kes positif baharu Covid-19, tertinggi sejak kes pertama dikesan 2 Mac lalu menjadikan jumlah kumulatif 68,079. Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, Achmad Yurianto berkata, 50 kematian dilaporkan menjadikan kematian keseluruhan setakat ini 3,359 orang. Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, 8 Julai 2020 sebanyak 13,636 pesakit masih dalam pemantauan Covid-19. Provinsi Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian keseluruhan tertinggi iaitu 1,102 kes, diikuti Jakarta (665 kes), Jawa Tengah (225) dan Kalimantan Selatan (206). Jawa Timur pula mencatatkan kes tertinggi iaitu sebanyak 14,967 kes, diikuti…

Read More

Kluster Sri Petaling tamat

PUTRAJAYA: Kluster Sri Petaling, kluster terbesar negara yang mula dikesan pada 11 Mac lalu diisytiharkan tamat selepas tiada sebarang kes Covid-19 dicatatkan. Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kluster tersebut menjangkiti 3,375 individu yang menyertai perhimpunan berkenaan termasuk ahli keluarga mereka. Sehingga 8 Julai lalu, seramai 42,023 individu disaring, daripada jumlah berkenaan 3,375 kes positif dilaporkan iaitu 38.9 peratus daripada jumlah kes positif Covid-19 di negara ini. Kes bagi kluster dan sub-kluster di bawahnya adalah dikesan di tujuh negeri membabitkan 2,550 warganegara Malaysia dan 825 bukan warganegara dari…

Read More

Pengajian IPT mulai Oktober

PUTRAJAYA: Pelajar institusi pengajian tinggi akan memulakan pengajian mereka semula pada Oktober 2020, kata Menteri Pengajian Tinggi, Dr Noraini Ahmad. Katanya, tempoh hampir tiga bulan yang masih berbaki sehingga semester baharu dimulakan Oktober ini adalah mencukupi bagi semua pihak membuat persiapan. Beliau memberitahu, pelajar boleh menghubungi bahagian hal ehwal pelajar di IPT masing-masing dan diminta mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. “Semua aktiviti sukan dan riadah perlu mematuhi SOP yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan aktiviti pelajar dibenarkan…

Read More

Tiada kes tempatan, 3 import

PUTRAJAYA: Tiada sebarang kes baharu yang membabitkan kes penularan dalam negara dikesan hari ini 8 Julai kecuali tiga kes baharu yang merupakan kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara. Dengan tiga kes baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes sebanyak 8,677 manakala kes kebolehjangkitan di negara ini adalah sebanyak 70. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes baharu itu melibatkan warganegara Malaysia yang masing-masing baru pulang dari Sudan, Mexico dan Arab Saudi. Sebanyak lima kes pulih Covid-19 menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya adalah 8,486 kes atau 97.8…

Read More

Solat Jumaat di surau Perak

PELUANG solat Jumaat di Perak lebih terbuka apabila semua surau yang didaftarkan di bawah Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) dibenarkan mengadakan solat Jumaat mulai Jumaat ini. Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, Shahrul Azam Shaari, berkata, surau yang dibenarkan termasuk di institusi pendidikan, kem tentera, berek polis, jabatan dan pejabat kerajaan yang mempunyai ruang keluasan solat yang sesuai serta mampu memenuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan. “Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah setelah menimbangkan sembah nasihat daripada Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak dan setelah merujuk garis panduan Majlis Keselamatan Negara…

Read More

Diskaun 20 peratus MAB

PUTRAJAYA : Malaysia Airlines Berhad (MAB) bersetuju memberi diskaun 20 peratus tambang penerbangan domestik kepada guru, pensyarah dan pelajar, kata Menteri Kanan (Pertahanan), Ismail Sabri Yaakob. Katanya, diskaun 20 peratus kepada guru peringkat persekolahan dan pensyarah Institut Pengajian Tinggi (IPT) Awam dan Swasta bagi perjalanan domestik. Tarikh tempahan dari 9 Julai sehingga 10 Ogos untuk tarikh perjalanan 10 Julai sehingga 30 November 2020. Diskaun  melalui tempahan atas talian dengan memasukkan kod promo yang akan diumumkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). “Diskaun melalui program MH Explorer yang boleh…

Read More

AS tinggalkan WHO

GENEVA: Perasaan tidak puas hati Amerika Syarikat (AS) terhadap Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam isu penularan wabak Covid-19 akhirnya membawa kepada penarikan diri AS daripada agensi itu. Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) mengesahkan AS keluar daripada menjadi anggota WHO menjelang 6 Julai 2021 selepas menerima pemberitahuan rasmi mengenai keputusan itu daripada Presiden AS Donald Trump. Menurut PBB, Trump harus memberikan notis satu tahun mengenai pengunduran negara itu daripada agensi itu yang berpusat di Geneva di bawah resolusi bersama kongres AS pada tahun 1948. Menurut WHO, AS yang menganggotai WHO lebih 70…

Read More

Sultan Selangor bimbang

  KENYATAAN AKHBAR D.Y.M.M. SULTAN SELANGOR DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj hari ini menzahirkan rasa bimbang dan risau dengan keadaan semasa. Baginda mendapati ramai di kalangan rakyat di Negeri Selangor khususnya, yang semakin mengabaikan amalan-amalan Prosedur Operasi Standard (SOP) untuk mencegah penularan wabak berbahaya Covid-19. Menerusi pemerhatian Baginda sendiri, ramai rakyat yang tidak lagi mematuhi garis panduan yang ditetapkan, seperti berada di tempat-tempat awam tanpa memakai pelitup muka dan tidak menjaga jarak sosial. Baginda sangat bimbang sekiranya masih ramai yang berdegil dan tidak mengamalkan norma-norma baharu ini,…

Read More

11,776,950 kes seluruh dunia

DATA Johns Hopkins University mencatatkan 11,776,950 kes dan 542,310 kematian akibat Covid-19 di seluruh dunia di mana Amerika Syarikat (AS) mendahului negara-negara lain dengan 2,983,961 kes dan 131,268 kematian. Data sehingga 6.30 pagi itu juga menunjukkan Brazil di kedudukan kedua dengan 1,668,589 kes dan 66,741 kematian diikuti India yang merekodkan 719,664 kes diikuti Rusia merekodkan 693,215 kes. Chile pula memasuki angka 300,000 kes dengan catatan 301,019 kes di belakang Peru yang mencatatkan 309,278 kes. Sepuluh negara merekodkan angka positif melebihi 200,000 kes didahului United Kingdom (UK) 287,872, Mexico 261,750, Sepanyol 252,130,…

Read More