11,776,950 kes seluruh dunia

DATA Johns Hopkins University mencatatkan 11,776,950 kes dan 542,310 kematian akibat Covid-19 di seluruh dunia di mana Amerika Syarikat (AS) mendahului negara-negara lain dengan 2,983,961 kes dan 131,268 kematian.

Data sehingga 6.30 pagi itu juga menunjukkan Brazil di kedudukan kedua dengan 1,668,589 kes dan 66,741 kematian diikuti India yang merekodkan 719,664 kes diikuti Rusia merekodkan 693,215 kes.

Chile pula memasuki angka 300,000 kes dengan catatan 301,019 kes di belakang Peru yang mencatatkan 309,278 kes.

Sepuluh negara merekodkan angka positif melebihi 200,000 kes didahului United Kingdom (UK) 287,872, Mexico 261,750, Sepanyol 252,130, Iran 245,688, Itali 241,956, Pakistan 234,509, Arab Saudi 217,108, Afrika Selatan  215,855, Turki 207,897 dan Perancis 206,072.

Lima negara merekodkan lebih 100,000 kes di mana Jerman mendahului dengan 198,343, Bangladesh 168,645, Colombia 120,431, Kanada 108,011 dan Qatar 100,945.

China pula merekodkan 84,910 diikuti Argentina 80,447, Mesir 77,279 dan Sweden 73,344.

Sementara itu, UK di tempat ketiga kematian dengan merekodkan 44,476 diikuti Itali 34,899, Mexico 31,119, Perancis 29,936, Sepanyol 28,392, India 20,159 dan Iran 11,931.

Dunia juga merekodkan 6,405, 609 kes pulih di mana Brazil merekodkan 1,094,457 dan AS 936, 476.

Related posts

Leave a Comment