PN fail permohonan cabar notis RoS

KUALA LUMPUR 5 Okt. –  Perikatan Nasional (PN) memfailkan permohonan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi mencabar notis yang dikeluarkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) terhadap gabungan berkenaan.

Setiausaha Agung PN,  Takiyuddin Hassan, berkata permohonan itu membabitkan lima pemohon yang terdiri daripada Setiausaha Agung parti-parti anggota PN – Pas, Gerakan, MIPP, Wwasan dan Pejuang.

Beliau berkata, dua pihak dinamakan sebagai responden turut disaman dalam permohonan itu iaitu Pendaftar RoS, Muhammad Zulfikar Ahmad dan Menteri Dalam Negeri,  Saifuddin Nasution Ismail.

“Permohonan itu adalah membabitkan beberapa yang disebut sebagai perintah ‘certiorari’ iaitu untuk membatalkan notis yang dikeluarkan oleh RoS terhadap PN.

Pertamanya ialah notis bertarikh 22 September di bawah Seksyen 13(2) Akta Pertubuhan 1966 yang meminta PN memberi penjelasan kepada RoS supaya cadangan membatalkan PN tidak boleh dibuat.

Kedua ialah PN juga meminta satu deklarasi bahawa notis di bawah Seksyen 13(2A untuk menggantung semua kegiatan PN sehingga tarikh yang diberitahu,” katanya pada sidang media di Parlimen, di sini, hari ini.

Media melaporkan, pada 23 September lalu, RoS menggantung semua kegiatan PN di bawah subseksyen 13(2A) Akta Pertubuhan 1966.

Tindakan itu susulan notis di bawah subseksyen 13(2) Akta berkenaan bertarikh 22 September, yang memberi tempoh munasabah kepada PN untuk memberikan penjelasan berhubung aduan yang dilaporkan Bersatu.

Takiyuddin berkata, PN juga memfailkan Perakuan Segera (Certificate of Urgency) supaya mahkamah mendengar kes ini berhubung kedudukan dan status gabungan itu sebagai sebuah gabungan politik berdaftar.

PN turut memohon penjelasan rasmi daripada RoS sama ada gabungan ini mempunyai hak dan kelayakan mengemukakan calon serta bertanding dalam pilihan raya, khususnya Pilihan Raya Umum Dewan Negeri (PRU DN) Melaka yang akan datang.

Takiyuddin berkata, PN juga meminta supaya diperjelaskan secara rasmi berhubung apakah aduan yang dibuat oleh Bersatu kerana PN hanya mendengar melalui media sedangkan Bersatu adalah sebahagian daripada PN.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment