Tiada kes tempatan, 3 import

PUTRAJAYA: Tiada sebarang kes baharu yang membabitkan kes penularan dalam negara dikesan hari ini 8 Julai kecuali tiga kes baharu yang merupakan kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

Dengan tiga kes baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes sebanyak 8,677 manakala kes kebolehjangkitan di negara ini adalah sebanyak 70.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes baharu itu melibatkan warganegara Malaysia yang masing-masing baru pulang dari Sudan, Mexico dan Arab Saudi.

Sebanyak lima kes pulih Covid-19 menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya adalah 8,486 kes atau 97.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Beliau turut memaklumkan tiada kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada Rabu. Justeru, jumlah kumulatif kematian di Malaysia kekal 121 kes atau 1.39 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Setakat ini, dua kes sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), sementara satu kes memerlukan bantuan pernafasan.

Related posts

Leave a Comment