Diskaun 20 peratus MAB

PUTRAJAYA : Malaysia Airlines Berhad (MAB) bersetuju memberi diskaun 20 peratus tambang penerbangan domestik kepada guru, pensyarah dan pelajar, kata Menteri Kanan (Pertahanan), Ismail Sabri Yaakob.

Katanya, diskaun 20 peratus kepada guru peringkat persekolahan dan pensyarah Institut Pengajian Tinggi (IPT) Awam dan Swasta bagi perjalanan domestik.

Tarikh tempahan dari 9 Julai sehingga 10 Ogos untuk tarikh perjalanan 10 Julai sehingga 30 November 2020. Diskaun  melalui tempahan atas talian dengan memasukkan kod promo yang akan diumumkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

“Diskaun melalui program MH Explorer yang boleh diperolehi dengan menjadi ahli MH Explorer melalui sesawang rasmi Malaysia Airlines. Diskaun pelajar akan terus dinikmati sehingga 30 November 2020 atau tempoh keahlian tamat mengikut syarat keahlian MH Explorer,” katanya pada sidang media hari ini.

Jelasnya, inisiatif itu dibuat dalam mengurangkan beban para guru, pensyarah dan pelajar yang perlu memulakan pengajaran dan pembelajaran dalam tempoh terdekat.

Pada masa sama beliau turut berharap supaya syarikat-syarikat penerbangan lain untuk turut serta dalam usaha menurunkan harga tiket penerbangan.

Sementara itu, perkara lian yang disentuh pada sidang media itu adalah berkaitan:

1. Task Force Operasi Pematuhan

Sebanyak 67,458 pemeriksaan dilaksanakan bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan SOP PKPP. Turut diperiksa, 4,107 tempat ibadah serta 1,643 tempat riadah.

PDRM menahan dan mengeluarkan kompaun kepada 12 individu atas kesalahan ingkar arahan PKPP termasuk aktiviti sukan sentuh (8) & aktiviti yang melanggar SOP (4). Sebanyak 4,329 pasar raya, 6,005 restoran serta 1,765 penjaja, 1,242 kilang, dan 2,067 pasar awam/tani telah diperiksa

2. Kawalan Sempadan Negara

Sejak 1 Mei sehingga semalam, seramai 1,391 PATI dan 235 tekong telah ditahan kerana cuba mencerobohi sempadan negara secara haram terutama lorong-lorong tikus. Turut ditahan 91 individu yg disyaki penyeludup.

PDRM membuat 68 Sekatan Jalan Raya & periksa 38,393 kenderaan bagi mengekang kemasukan PATI. Tujuh warganegara asing ditahan di Sekatan Jalan Raya Operasi Benteng atas kesalahan imigresen

3. Operasi Sanitasi Awam Covid-19

Sejak 30 Mac 2020, KPKT telah melakukan 9,143 operasi sanitasi merangkumi 134 zon. Operasi Sanitasi ini melibatkan 49 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta 110 anggota pihak berkuasa tempatan (PBT). 11 jentera JBPM turut digunakan dalam proses sanitasi

4. Kuarantin Wajib

Dari 10 sehingga 7 Julai 2020, seramai 13,288 orang pulang  melalui pintu masuk KLIA. Sebanyak 13,236 daripadanya telah diperintahkan untuk menjalani home quarantine dan 52 orang lagi telah dibawa ke hospital

Pada 7 Julai 2020, sebanyak 375 rakyat Malaysia  telah pulang melalui KLIA & KLIA2 dari China, Indonesia, Jepun, India & Qatar

Related posts

Leave a Comment