Indonesia catat 380 kes baharu

PEMANDU pelancong warga Malaysia adalah antara tiga kematian akibat Covid-19 di THAILAND menjadikan jumlah kematian kumulatif 46 orang. Lelaki berumur 55 tahun dari Kelantan itu meninggal dunia pada 14 April di sebuah hospital di Bangkok.  Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA) Thaweesilp Wissanuyothin berkata, lelaki berkenaan mempunyai sejarah perjalanan ke Georgia, sebuah negeri di bawah bekas Soviet dari 13-19 Mac dan seorang daripada kumpulan pelancong yang diikutinya itu dijangkiti Covid-19. Lelaki berkenaan jatuh sakit pada 21 Mac dan mendapatkan rawatan di hospital pada 29 Mac, kemudian disahkan positif Covid-19. Selepas dua minggu,…

Read More

Darurat seluruh Jepun

TOKYO : Perdana Menteri Shinzo Abe mengisytiharkan darurat di seluruh Jepun dalam usaha untuk mengekang penularan wabak Covid-19. Sebelum ini, pada 7 April, Jepun mengisytiharkan darurat di tujuh daripada 47 wilayah di negara itu, iaitu Tokyo, Osaka, Kanagawa, Saitama, Chiba, Hyogo dan Fukuoka. Pengisytiharan itu membolehkan dan memberi kuasa kepada gabenor wilayah berkenaan untuk mengambil langkah pencegahan lebih berkesan untuk mengekang penularan virus. Bagaimanapun, gabenor di wilayah lain mahu darurat diperluaskan apabila virus itu sudah merebak ke kawasan lain.  Ada beberapa wilayah telah mengambil pendekatan sendiri dengan mengeluarkan perintah darurat…

Read More

‘Pengiktirafan bukan untuk saya tetapi kepada negara’

PUTRAJAYA : Pengiktirafan kepada negara. Itu komen Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah apabila diminta memberi reaksi apabila dinamakan antara tiga doktor terbaik dunia dalam menangani Covid-19. Beliau berkata pengiktirafan itu bukan untuk individu semata-mata. Tanpa  semangat kerja berpasukan, tidak mungkin Malaysia dapat meminimumkan risiko penularan pandemik itu. Sebagai contoh, beliau berkata, Kementerian Kesihatan hanya boleh menasihatkan Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan, tetapi itu adalah keputusan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin. “Apa yang kita harus bersyukur, dan saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada semua kementerian dan menteri untuk…

Read More

Kes pulih atasi kes baharu

PUTRAJAYA: Jumlah kes pesakit pulih Covid-19 meningkat 119 kes melebihi 110 kes baharu yang dilaporkan setakat pukul 12 tengah hari Khamis. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang pulih sepenuhnya dan telah discaj dari hospital adalah sebanyak 2,766 kes, atau bersamaan 53.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes. Beliau berkata,  berikutan pertambahan kes baharu, jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 5,182 kes. “Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 2,332 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan,” katanya. Sehingga kini,…

Read More

Emirates buat ujian darah

SYARIKAT penerbangan Emirates dengan kerjasama Pihak Berkuasa Kesihatan Dubai memperkenalkan ujian darah coronavirus bagi para penumpangnya. Menurut syarikat penerbangan itu keputusan ujian hanya mengambil masa 10 minit  dan ini membantu penumpang mendapatkan pengesahan segera terutama bagi yang melakukan perjalanan ke negara-negara yang memerlukan sijil ujian Covid-19. .”Kami merancang untuk meningkatkan kemampuan ujian pada masa depan dan memperluaskannya ke penerbangan lain:” kata Ketua Pegawai Operasi syarikat penerbangan itu, Adel Al Redha dalam satu kenyataan. Emirates juga mengumumkan akan mengadakan penerbangan ke Dubai dan beberapa penerbangan boleh ditempah mulai 1 Mei  ini…

Read More

Tiada konsep bazar Ramadan

SEBARANG konsep perniagaan berkaitan bazar atau gerai Ramadan termasuk dalam bentuk pandu lalu, tempah dan ambil serta e-hailing tidak dibenarkan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob. Katanya, mesyuarat  khas menteri-menteri mengenai pelaksanaan PKP membuat keputusan itu selepas menimbang kesan yang akan berlaku jika ia dilaksanakan.  “Tetapi perniagaan e-hailing biasa yang dilaksanakan sekarang, hantar ke rumah,  diteruskan seperti biasa,” katanya pada sidang media harian PKP di sini, hari ini.   Sebelum ini terdapat cadangan perniagaan makanan berkonsepkan tiga kaedah iaitu pandu lalu, bungkus dan ambil…

Read More

UK hampiri 100,000 kes

UNITED Kingdom menghampiri kumpulan lima negara yang mencatatkan angka lebih 100,000 kes apabila jumlah yang dicatatkan pagi ini (8.30 pagi waktu tempatan) sudah mencecah 99,483 kes. Menurut data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat (AS) kekal menjadi negara paling teruk terjejas akibat pandemik itu apabila merekodkan lebih 636,350 kes positif Covid-19. Sepanyol dan Itali masing-masing mencatatkan 177,644 dan 165,155 kes secara keseluruhan sementara Jerman mengatasi Itali untuk berada di kedudukan empat terbanyak dengan 134,753 kes, manakala Perancis 134,582 kes. Angka kematian di seluruh dunia terus meningkat dengan hampir 6,000 kematian dicatatkan…

Read More

493 kes baharu di Arab Saudi

ARAB Saudi mencatatkan enam kematian akibat Covid-19 pada Rabu, 15 April meningkat kepada 79 kes manakala 493 kes positif baharu dilaporkan menjadikan keseluruhan 5,862 kes. Menurut Kementerian Kesihatan Arab Saudi, enam kematian itu melibatkan pesakit yang mempunyai penyakit kronik sebelum dijangkiti virus Covid-19. Dua kes kematian itu melibatkan lelaki tempatan di Madinah, berumur 70 dan 72 tahun, seorang wanita berusia 67 tahun di Makkah serta tiga lagi penduduk berusia 35 dan 57 tahun. Jurucakap Kementerian Kesihatan, Mohammed al-Abd al-Ali memberitahu, daripada 493 kes baharu, sebanyak 109 kes berlaku di Madinah,…

Read More