UK hampiri 100,000 kes

UNITED Kingdom menghampiri kumpulan lima negara yang mencatatkan angka lebih 100,000 kes apabila jumlah yang dicatatkan pagi ini (8.30 pagi waktu tempatan) sudah mencecah 99,483 kes.

Menurut data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat (AS) kekal menjadi negara paling teruk terjejas akibat pandemik itu apabila merekodkan lebih 636,350 kes positif Covid-19.

Sepanyol dan Itali masing-masing mencatatkan 177,644 dan 165,155 kes secara keseluruhan sementara Jerman mengatasi Itali untuk berada di kedudukan empat terbanyak dengan 134,753 kes, manakala Perancis 134,582 kes.

Angka kematian di seluruh dunia terus meningkat dengan hampir 6,000 kematian dicatatkan dalam tempoh 24 jam.

Jumlah keseluruhan kematian setakat ini 134,178.

AS mencatat hampir 2,000 lagi kematian, menjadikannya negara paling tinggi angka korban dengan 27,000 diikuti Itali di kedudukan kedua dengan lebih 21, 645 kematian  Sepanyol hampir 19,000 korban.

Sementara itu, Perancis dan United Kingdom masing-masing mencatatkan 17,167 dan 12,868 kematian. Manakala, Iran telah mengatasi China dengan mencatatkan lebih 4,000 kematian.

Related posts

Leave a Comment