Saudi catat 1,351 kes baharu

ARAB Saudi merekodkan 1,351 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah 22,753. Jurucakap Kementerian Kesihatan memberitahu, jumlah kematian turut meningkat kepada 162 selepas lima lagi kes dilaporkan. Kes pulih pula 3,163. Sebanyak 83 peratus kes baharu melibatkan bukan warga Saudi manakala 17 peratus warga tempatan. Sementara itu, Riyadh mendahukui dengan 440 kes dikuti Makkah 392 , Jeddah 120, Madinah 119 dan Dammam 110.

Read More

Singapura catat peningkatan

KES positif Covid-19 di INDONESIA terus meningkat kepada 10,118 kes, dengan tambahan 347 lagi kes baharu dalam tempoh 24 jam. Jurucakap pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, Achmad Yurianto, memberitahu ketika ini sebanyak 21,827 pesakit di bawah pengawasan virus itu. Dalam tempoh 24 jam, dari 12 tengah hari semalam (29 April) sehingga 12 tengah hari ini juga, berlaku lapan lagi kematian, menjadikan jumlah kematian kini meningkat kepada 792 orang, Achmad Yurianto berkata jumlah pesakit yang sembuh daripada virus itu setakat ini adalah 1,522 orang. Di FILIPINA, sehingga pukul 4 petang ini (30…

Read More

Pesara nyaris hilang pencen

SEORANG pesara nyaris kehilangan wang pencen bulanan akibat melanggar perintah kuarantin bagi membendung penularan jangkitan Covid-19. Dia bernasib baik kerana diarah menjalani Perintah Kehadiran Wajib (PKW) iaitu melakukan khidmat masyarakat. Misri Parlan, 66 diperintahkan oleh Mahkamah Sesyen Klang menjalani PKW selama empat jam sehari selama dua bulan berkuatkuasa selepas tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berakhir. Bagaimanapun, menantunya, A.D Safian Mohd Dimyati,37 seorang buruh didenda RM2,000 atau penjara lapan bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini. Hakim Roszianayati Ahmad ketika menjatuhkan hukuman berkata, beliau mengambil serius kesalahan kedua-dua tertuduh yang boleh menyebarkan…

Read More

84 kes pulih, 53 kes baharu

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini (30 April) mengesahkan 53 kes baharu Covid-19 menjadikan 6,002 kes manakala dua kematian dilaporkan menjadikan jumlah kes 102. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada 57 kes baharu itu, 25 kes adalah kes import yang bermakna, kes penularan tempatan (local transmission) adalah 32 kes sahaja. Dalam tempoh yang sama, sebanyak 84 kes pulih dan dibenarkan discaj hari ini  menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih Covid-19 sebanyak 4,171 kes. Daripada 6,002 kes, sebanyak 1,729 kes masih aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 dan Setakat ini, 36…

Read More

Hero Bobby meninggal dunia

SEBUT Bobby, pasti ‘generasi lama’ teringatkan lagu Main Syahar To Nahin dan Hum Tum Ek Kamre Mein, nyanyian legenda Lata Mageshkar dan Shailendra Singh. Dan tidak lupa peneraju utama, Rishi Kapoor dan Dimple Kapadia. Bobby adalah filem cinta remaja Bollywood 1973 yang diarahkan oleh Raj Kapoor dan melonjakkan nama Rishi Kapoor. Hari ini, Khamis, Rishi Kapoor, legenda filem Bollywood, menghembuskan nafas terakhir pada usia 67 tahun di Sir HN Reliance Foundation Hospital di Mumbai, India selepas dimasukkan ke hospital akibat kesukaran bernafas. Portal tempatan The Times of India melaporkan, perkara…

Read More

Masjid belum tetap tarikh

BERITA palsu tak kira tempat. Begitulah yang turut melibatkan Masjidilharam dan Masjid Nabawi. Tersebar kenyataan kononnya Kementerian Haji dan Umrah mengumumkan kedua-dua masjid itu akan dibuka pada 8 Ramadan. Beberapa syarat turut disenaraikan termasuk jemaah menggunakan sejadah sendiri, tidak boleh guna al-Quran di masjid, mengamalkan penjarakan sosial, memakai penutup hidung dan mulut dan mencuci tangan dengan pembersih kuman. Menurut tweet Haramain,  makluman berkenaan adalah palsu dan belum ada sebarang tarikh yang ditetapkan berkaitan pembukaan semula masjid kepada orang awam. Semalam, Haramain menerima banyak pertanyaan berkaitan pembukaan semula masjid yang menimbulkan…

Read More

Korban 226,000, positif 3.17

SEHINGGA pagi ini, angka korban akibat Covid-19 di seluruh dunia melebihi  226,000 kes, pertambahan 10,000 kes lagi dalam tempoh 24 jam yang lepas. Menurut statistik Johns Hopkins University, kes positif juga terus meningkat dengan jumlah kumulatif melepasi 3.17 juta orang setakat ini. Sebanyak lima negara mencatat lebih 20,000 kes kematian  dan Amerika Syarikat (AS) kekal sebagai negara yang mempunyai angka korban tertinggi dan satu-satunya negara yang melebihi 60,000 kematian. Itali pula merekodkan 27,682 kematian, United Kingdom  26,097 , Sepanyol 24,275 dan Perancis 24,087. AS juga merekodkan kes positif tertinggi dengan …

Read More