Darurat seluruh Jepun

TOKYO : Perdana Menteri Shinzo Abe mengisytiharkan darurat di seluruh Jepun dalam usaha untuk mengekang penularan wabak Covid-19.

Sebelum ini, pada 7 April, Jepun mengisytiharkan darurat di tujuh daripada 47 wilayah di negara itu, iaitu Tokyo, Osaka, Kanagawa, Saitama, Chiba, Hyogo dan Fukuoka.

Pengisytiharan itu membolehkan dan memberi kuasa kepada gabenor wilayah berkenaan untuk mengambil langkah pencegahan lebih berkesan untuk mengekang penularan virus.

Bagaimanapun, gabenor di wilayah lain mahu darurat diperluaskan apabila virus itu sudah merebak ke kawasan lain. 

Ada beberapa wilayah telah mengambil pendekatan sendiri dengan mengeluarkan perintah darurat lebih awal termasuk Hokkaido dan Sappora.

Pengisytiharan darurat itu memberi kuasa kepada pemimpin wilayah meminta penduduk duduk di rumah, menutup sekolah, pusat asuhan kanak-kanak dan warga tua atau komuniti, dan kedai serta perniagaan yang dianggap tidak penting.

[Grafik kes petikan The Asahi Shimbun)

Related posts

Leave a Comment