493 kes baharu di Arab Saudi

ARAB Saudi mencatatkan enam kematian akibat Covid-19 pada Rabu, 15 April meningkat kepada 79 kes manakala 493 kes positif baharu dilaporkan menjadikan keseluruhan 5,862 kes.

Menurut Kementerian Kesihatan Arab Saudi, enam kematian itu melibatkan pesakit yang mempunyai penyakit kronik sebelum dijangkiti virus Covid-19.

Dua kes kematian itu melibatkan lelaki tempatan di Madinah, berumur 70 dan 72 tahun, seorang wanita berusia 67 tahun di Makkah serta tiga lagi penduduk berusia 35 dan 57 tahun.

Jurucakap Kementerian Kesihatan, Mohammed al-Abd al-Ali memberitahu, daripada 493 kes baharu, sebanyak 109 kes berlaku di Madinah, 86 di Hufof, 84 di Dammam, 69 di Jeddah, 56 di Riyadh, dan 40 di Makkah.

Walaupun jumlah kes agak tinggi dalam kalangan Negara Teluk, keadaan agak stabil berbanding negara lain. Bagaimanapun Menteri Kesihatan, Tawfiq al-Rabiah mengingatkan kes itu boleh melonjak kepada 200,000 kes dalam beberapa minggu.

.

Related posts

Leave a Comment