TEHRAN – Iran tidak lagi akan bertindak balas secara terhad terhadap sebarang tindakan ketenteraan Amerika Syarikat (AS) yang menyasarkan kepentingan dan keselamatan negara itu.
Speaker Parlimen Iran, Mohammad Bagher Ghalibaf ketika memberi amaran itu berkata, sebarang serangan baharu oleh AS akan menerima balasan yang lebih pantas dan lebih kuat daripada Iran.
Kenyataan itu dibuat sehari selepas Washington mengumumkan serangan ke atas tiga kapal tangki minyak Iran sebagai tindak balas terhadap dakwaan serangan Iran ke atas kapal perang AS di perairan rantau Teluk.
Sementara itu, media kerajaan Iran melaporkan bahawa tentera laut negara itu telah menyerang sebuah kapal tanpa pemandu milik AS yang didakwa cuba memasuki kawasan perairan di Selat Hormuz.
Bagaimanapun , dakwaan tersebut dinafikan oleh Komando Pusat AS (CENTCOM). yang menyifatkan laporan itu sebagai tidak benar dan menegaskan tiada insiden sedemikian berlaku.
Setiausaha Pertahanan AS, Pete Hegseth, turut memberi amaran bahawa Washington tidak akan teragak-agak mengambil tindakan terhadap aset minyak Iran sekiranya kapal AS terus menjadi sasaran.
Nnn
