1,069 kes baharu Arab Saudi

ARAB Saudi merekodkan 1,069 kes baharu koronavirus Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes 312,924.

Kementerian Kesihatan (MoH) juga mengumumkan 28 lagi kematian akibat jangkitan Covid-19 yang membawa jumlah keseluruhan 3,813 kes.

Madinah dan Riyadh masing-masing merekodkan kes tertinggi iaitu 61 kes diikuti Jazan 59, Hail 48 manakala Jeddah dan Makkah masing-masing 43 kes.

Sementara itu, kes pulih pula meningkat kepada 287,403 selepas 1,148 individu dilaporkan sembuh hari ini.

Kes aktif pula 21,708 di mana 1,576 dalam keadaan kritikal.

Related posts

Leave a Comment