Emirates buat ujian darah

SYARIKAT penerbangan Emirates dengan kerjasama Pihak Berkuasa Kesihatan Dubai memperkenalkan ujian darah coronavirus bagi para penumpangnya.

Menurut syarikat penerbangan itu keputusan ujian hanya mengambil masa 10 minit  dan ini membantu penumpang mendapatkan pengesahan segera terutama bagi yang melakukan perjalanan ke negara-negara yang memerlukan sijil ujian Covid-19.

.”Kami merancang untuk meningkatkan kemampuan ujian pada masa depan dan memperluaskannya ke penerbangan lain:” kata Ketua Pegawai Operasi syarikat penerbangan itu, Adel Al Redha dalam satu kenyataan.

Emirates juga mengumumkan akan mengadakan penerbangan ke Dubai dan beberapa penerbangan boleh ditempah mulai 1 Mei  ini tetapi keputusan itu masih boleh berubah.

Sebelum ini, syarikat penerbangan itu juga mengumumkan beberapa pilihan kepada penumpang yang memiliki tiket yang dikeluarkan sebelum 31 Mei untuk perjalanan sebelum 31 Ogos.

Penumpang boleh sama ada mengekalkan tiket, menukar atau mendapatkan semula bayaran. Mereka yang memiliki tiket boleh membuat tempahan semula perjalanan dalam tempoh dua tahun dari tarikh tiket dikeluarkan.

Related posts

Leave a Comment