KELMARIN, Sabtu ketika menghadiri satu mesyuarat berkaitan perpaduan ummah, satu senarai panjang menerjah masuk ke ruang WhatsApp yang khusus untuk rakan-rakan politik. Ia berkaitan parti baharu yang dinamakan Parti Melayu Baru Bersatu. Belum sempat habis membaca senarai kepemimpinannya, terdetik di hati bahawa ini sesuatu yang tidak boleh dipercayai. Mungkin palsu dan karut. Malangnya selepas itu bertalu-talu pula senarai yang sama masuk dalam grup WhatsApp lain. Ramai pula yang memberi respons termasuk mereka yang tersenarai sebagai anggota barisan kepemimpinan parti itu. Kelam kabut orang berkenaan menafikannya. Bukan bermaksud mahu melayan senarai…
Read MoreYear: 2016
Kawal nafsu di jalan raya, di meja jamuan hari raya
SEMALAM, beberapa laluan di ibu negara berjalan lancar. Begitu juga dengan lebuh raya. Suasana sibuk pula masih terasa di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) dan sekitarnya. Ramai lagi yang membeli pada saat-saat akhir, menunggu harga runtuh atau jualan lelong di Jalan Chow Kit atau Jalan TAR. Kebanyakan warga kota sudah berada di kampung halaman masing-masing. Hari ini suasana di pejabat-pejabat kerajaan mula lengang. Urusan kaunter mungkin lebih mudah. Semua itu adalah pemandangan atau suasana biasa menjelang Hari Raya Aidilfitri. Esok atau lusa, anda mungkin boleh duduk bersila di tengah-tengah…
Read MoreBersihkan jiwa kotor ketika syaitan dibelenggu
RAMADAN kini memasuki fasa terakhir. Begitu pantas masa berlalu. Tidak sampai 10 hari, Ramadan akan pergi meninggalkan kita. Semoga dalam hari-hari yang berbaki ini, kuantiti ibadah kita semakin baik dan berkualiti. Teruskan jihad Ramadan ini. Jihad sudah sinonim dengan bulan Ramadan. Memetik intipati khutbah Jumaat yang disampaikan oleh Dr. Farid Ravi di Masjid Bandar Seri Putra (MBSP) minggu lalu, beliau menjelaskan mengenai jihad ini iaitu jihad mengekang nafsu yang sentiasa mengajak manusia melakukan kejahatan dan jihad memerangi musuh. Berkaitan jihad mengekang nafsu melakukan kejahatan, beliau menarik perhatian tentang syaitan. Setiap…
Read MoreMencari jalan perkukuhkan perpaduan umat Melayu Islam
SEPANJANG minggu lepas, saya berpeluang mengikuti beberapa program berkaitan dengan perpaduan ummah. Begitu juga dengan tazkirah, kuliah Subuh dan Zuhur serta khutbah Jumaat. Semua berkisar mengenai perpaduan umat Islam. Ada yang berkata perpaduan umat Melayu Islam amat meruncing. Jika kita menjangkakan PKR sebagai serpihan terakhir parti yang diasaskan orang Melayu tetapi muncul PAN berikutant kekecewaan sekumpulan pemimpin Pas. Berapa banyak lagi parti diasaskan Melayu Islam akan muncul? Siapa tahu muncul lagi menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 ? Kemunculan parti politik yang pelbagai akan memberi kesan kepada perpaduan ummah disebabkan…
Read MoreMelayu terokai penerbangan ibadah bersama MAB
SETIAP tahun, jumlah jemaah umrah terus meningkat. Khabarnya tahun ini, kerajaan Arab Saudi mengeluarkan 4.3 juta visa bagi menunaikan umrah. Bagi rantau ASEAN, dianggarkan satu juta orang menunaikan umrah setiap tahun. Indonesia dan Malaysia pula dikatakan antara negara yang paling ramai jemaah umrah. Ini satu perkembangan yang baik, menunjukkan kekuatan ekonomi umat Islam di rantau ini untuk ke tanah suci bagi mengerjakan umrah. Jenguklah di KLIA Sepang, setiap hari ada sahaja jemaah umrah yang akan berlepas ke Jeddah atau Madinah. Bukan sahaja dengan kehadiran jemaah tempatan tetapi juga dari negara…
Read MoreMaksimumkan kuantiti, kualiti ibadah Ramadan
SYUKUR Alhamdulillah, hari ini 06.06.16 kita masih bernafas dan diketemukan semula dengan Ramadan, tetamu yang sangat-sangat dinantikan. Pastinya setiap daripada kita akan terasa kehilangan mereka yang pernah bersama Ramadan tahun lalu. Toleh ke kiri dan ke kanan, ada yang tidak dapat bersama ketika bersahur dan berbuka seperti tahun sebelumnya. Mereka mungkin jauh di perantauan atau telah pergi meninggalkan alam ini. Bagi yang masih diberi peluang, bersyukurlah kerana masih ada rezeki untuk beribadat pada bulan yang penuh keberkatan ini. Ambillah peluang ini sebaik mungkin untuk meningkatkan kuantiti dan kualiti ibadah sepanjang…
Read MoreDi sebalik kecoh Uber warga asing ambil kesempatan
MEMANDU kereta, lori atau menunggang motosikal tanpa lesen yang sah seolah-olah sudah menjadi perkara biasa. Begitu juga dengan kenderaan tanpa cukai jalan. Contohnya, kewujudan lori hantu. Apa yang perlu ada pada individu berkenaan hanyalah keberanian. Berani buat berani tanggung. Jika bernasib baik, pemandu atau penunggang akan terlepas. Nasib tidak baik akan dicekup oleh pihak berkuasa. Semuanya bergantung kepada operasi yang dijalankan oleh sama ada polis, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan juga Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). Sejauh mana ketiga-tiga agensi ini mampu melakukan operasi atau penguatkuasaan di jalan raya? Kekangan…
Read MoreSelamat Hari Guru. Tatap bah sayang cikgu…
ASSALAMUALAIKUM cikgu! Selamat pagi cikgu! Selamat Hari Guru kepada semua guru di seluruh negara. Tema sambutan tahun ini yang dilancarkan di Kota Kinabalu, Sabah hari ini ialah Guru Pembina Negara Bangsa. Tema sambutan ini memberi fokus kepada peranan warga pendidik sebagai penggerak utama dalam membimbing, membangun dan mengupayakan modal insan negara. Setiap guru perlu menanam pera saan kasih dan taat setia murid atau pelajar terhadap pemimpin dan negara secara keseluruhannya. Tema ini pernah digunakan pada tahun 2009 dan juga pada tahun berikutnya setelah kementerian mendapati profesion guru semakin mencabar pada…
Read MoreBertindaklah, bukan sekadar melontar cadangan, desakan
MINGGU lalu, satu forum di beritahu bahawa pegangan tanah dalam kalangan orang Melayu di Pulau Pinang semakin merosot. Pegangan sebanyak 20.41 peratus itu diperoleh pada tahun 2008 dan 2009. Maknanya selepas enam tahun, jumlah itu terus merosot, lebih-lebih lagi di kawasan pulau yang dikatakan sekadar 16 peratus. Perangkaan itu diperoleh melalui Pusat Penyelidik an Dasar dan Kajian Antarabangsa (Cenpris) Universiti Sains Malaysia (USM). Presiden Persatuan Melayu Pulau Pinang (Pemenang), Mohd. Yussof Latiff memberitahu, tanah Melayu di daerah Seberang Perai Utara (SPU) mencatat jumlah milikan tertinggi iaitu 44 peratus, Seberang Perai…
Read MoreHati-hati perangkap dosa halimunan di dalam poket
SEMALAM, cuti sempena Hari Pekerja yang suatu masa dulu dikenali sebagai Hari Buruh. Saya percaya sebagai golongan pekerja, ramai rakan lain turut menerima ucap selamat. Ada juga yang bergurau dengan menyertakan gambar botol minyak masak. Kalaulah itu terjadi di alam realiti, saya rasa dua tiga bulan tidak perlu membeli minyak masak! Bayangkan, setiap grup WhatsApp akan menghantar gambar yang sama. Jika 10 grup, dah tentu 10 botol, setiap satu pula seberat 5 kilogram. Sebaliknya ia hanya berlaku di alam maya, melalui WhatsApp. Begitulah teknologi kita hari ini yang lebih mudah…
Read More