Bertindaklah, bukan sekadar melontar cadangan, desakan

MINGGU lalu, satu forum di­ beritahu bahawa pegang­an tanah dalam kalangan orang Melayu di Pulau Pinang semakin merosot. Pegangan sebanyak 20.41 peratus itu diperoleh pada tahun 2008 dan 2009. Maknanya selepas enam tahun, jumlah itu terus merosot, lebih-lebih lagi di kawasan pulau yang dikatakan sekadar 16 peratus. Perangkaan itu diperoleh melalui Pusat Penyelidik­ an Dasar dan Kajian Antarabangsa (Cenpris) Universiti Sains Malaysia (USM). Presiden Persatuan Me­layu Pulau Pinang (Pemenang), Mohd. Yussof Latiff memberitahu, tanah Melayu di daerah Seberang Perai Utara (SPU) mencatat jumlah milikan tertinggi­ iaitu 44 peratus, Seberang Perai Tengah (SPT) seba­nyak 23.55 peratus dan Seberang Perai Selatan (SPS) 18.09 peratus. Di sebelah pulau daerah Barat Daya termasuk Balik Pulau sebanyak 15.07 peratus manakala Timur Laut (dalam bandar) meliputi George town hanya­ 1.16 peratus.

Dengan ‘ancaman’ pembangun­an yang semakin pesat, selama mana tanah Melayu ini sama ada kampung tradisional­ atau tanah pertanian mampu bertahan atau dipertahankan? Jenguklah di ka­wasan Balik Pulau dan sekitarnya. Begitu juga dengan penempatan penduduk yang dihimpit dengan pembangunan di sekitar George­ town. Sesetengah kampung akan tinggal nama. Sekadar menyebut beberapa nama, Kampung Dodol, Jelutong; Kampung Pisang dan Kampung Melayu di Air Itam; Kampung Sungai Gelugor; Kam­pung Masjid, Tanjung Tokong dan Kampung Tanjung Bungah. Lebih mengejutkan, ada penempatan yang kononnya diteroka oleh orang Melayu rupa-rupanya milik orang lain. Bukannya tanah dipijak milik orang tetapi kampung diduduki mi­lik orang.

Difahamkan, pemilikan tanah Melayu sudah menguncup kepada 18 peratus pada tahun 2010. Dise­babkan tanah Melayu terutama di kampung atau luar bandar meru­pakan tanah pusaka berskala ke­cil yang diwarisi dalam kelompok ramai, akhirnya tanah itu dijual. Amat baik jika tanah itu jatuh kepa­da orang Melayu juga tetapi apa jadijika keadaan sebaliknya berlaku? Lebih mendukacitakan apabila ada laporan mengatakan tanah milik koperasi dan agensi kerajaan yang sepatutnya menjaga kepenting­an orang Melayu turut terjual atas nama pembangunan.

Selak tidak pasti sama ada tanah yang masih dalam ‘genggaman’ orang Melayu itu terutama di ka­wasan bandar merupakan milik persendirian, syarikat atau melibat­kan tanah wakaf. Berkaitan tanah wakaf pula, amat sensitif. Pelbagai usaha mahu dilakukan untuk pem­ bangunannya tetapi hasilnya se­ring mengecewakan. Banyak halangan. Laporan Ketua Audit Negara se­belum ini juga mendapati tahap pengurusan hartanah wakaf Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) kurang memuaskan dan terdapat beberapa kelemahan. MAINPP gagal menyediakan mak­lumat hartanah wakaf, memberi kadar sewa terlalu rendah, pajakan tidak teratur, hartanah wakaf tidak disenggara dan perancangan projek tidak teratur. Lebih malang, tanah diceroboh juga tidak disedari.

Langkah untuk menyelamat­kan tanah Melayu perlu dilakukan segera, sama ada melalui bank tan­ah atau usaha bersama pihak kope­rasi dan syarikat. Bank tanah boleh membeli semula tanah bagi menjaga kepentingan orang Melayu di negeri itu. Sebelum ini, Pergerakan Pemu­ da UMNO pernah mencadangkan supaya diwujudkan Majlis Amanah Tanah Melayu di seluruh negeri bagi melindungi tanah rizab Melayu se­lain membangunkannya. Menurut Ketua Pemuda UMNO, Khairy Ja­maluddin, Enakmen Rizab­ Melayu Negeri-negeri perlu dikuatkuasakan sepenuhnya. Semak semula senarai tanah rizab yang diwarta keluar dan pastikan tanah-tanah terlibat digan­tikan. Setiap pembangunan meli­ batkan tanah rizab Melayu perlu digantikan semula dengan keluasan yang sama atau mengambil kira nilai tanah berkenaan.

Amat malang apabila pemba­ngunan di tanah milik Melayu teru tama melibatkan tanah pertanian termasuk sawah, hasilnya tidak dapat dinikmati oleh kebanyakan orang Melayu sendiri. Di Seberang Perai, semakin banyak tanah sawah yang bertukar wajah menjadi ka­wasan perumahan dan komersial. Hasil jualan tanah tidak seberapa dan pada masa sama, pembangu­nan di atas tanah berkenaan sama ada perumahan atau kedai/pejabat tidak mampu dimiliki oleh orang Melayu. Orang yang menjual hanya mampu ‘menggigit jari’. Keadaan ini disebabkan oleh sikap pemaju perumahan yang sengaja menawar­kan harga yang terlalu mahal atau ‘menyembunyikan’ kuota yang diperuntukkan kepada Melayu.

Bagi Melayu Pulau Pinang, ke­banyakan mereka tidak mampu memiliki rumah mewah dan bangu­nan komersial yang dibangunkan. Berapa kerat orang Melayu yang mampu memiliki apartmen atau ru­mah kedai di kawasan Georgetown, Bayan Baru atau Bayan­ Lepas? Akhirnya­ mereka hanya mampu tengok projek dan yang berjaya memiliki semua itu orang luar atau pihak asing­. Satu laporan lain me­nyebut, dalam tempoh 20 hingga 30 tahun akan datang, hanya segelintir Melayu akan tinggal di George­ Town. Mereka ini adalah golongan yang berpendapatan tinggi. Ketika ini pun semakin ramai yang ‘me­nyeberangi’ jambatan Pulau Pinang untuk berhijrah ke Seberang Perai. Begitu juga ke Kedah terutama di Kulim dan Sungai Petani.

Bagi mengelakkan nasib Melayu semakin parah, sesuatu perlu dilakukan supaya pembangu nan itu dapat dinikmati bersama. Contohnya­ pembinaan ruang ke­dai/pejabat perlu mengambil kira keperluan orang Melayu untuk berniaga di kawasan strategik sama ada di pekan atau bandar. Berapa kerat orang Melayu yang mampu berniaga di kawasan bandar dengan kadar sewa yang tinggi? Sebelum ini, Majlis Amanah Rakyat (Mara) ada membina kompleks perniagaan untuk disewakan. Entah di mana silapnya, kebanyakan kompleks ini ‘hidup segan mati tak mahu’.

Alangkah eloknya pihak berkua­sa atau kerajaan negeri yang mem­punyai tanah di kawasan bandar atau pekan ini membina kedai-ke­dai yang boleh disewakan kepada orang Melayu yang tidak mampu bersaing dengan kaum lain. Di samping mengutamakan keuntung­an segera, pihak berkuasa perlu melihat sama keperluan orang Me­layu atau mungkin juga kaum lain yang tidak mampu membeli atau menyewa kedai-kedai ini untuk menjalankan perniagaan. Masalah ini bukan sahaja berlaku di Pulau Pinang tetapi juga di negeri-negeri lain.

Lihatlah siapa yang mampu berniaga di kedai-kedai di dalam bandar ini? Kadar sewanya juga sudah tentu tinggi kerana ia milik syarikat atau individu tertentu.

Bertindaklah! Jangan sekadar membuat desakan dan cadangan untuk mengatasi masalah tetapi tidak ada tindakan diambil. Bilakah kesudahannya jika semua pihak asyik berkomentar?

UMA090516010C#

Related posts

Leave a Comment