Melayu terokai penerbangan ibadah bersama MAB

SETIAP tahun, jumlah jemaah umrah terus meningkat. Kha­barnya tahun ini, kerajaan Arab Saudi mengeluarkan 4.3 juta visa bagi menunaikan umrah. Bagi rantau ASEAN, dianggarkan satu juta orang menunaikan umrah setiap tahun. Indonesia dan Ma­laysia pula dikatakan antara nega­ra yang paling ramai jemaah um­rah. Ini satu perkembangan yang baik, menunjukkan kekuatan ekonomi umat Islam di rantau ini untuk ke tanah suci bagi menger­jakan umrah. Jenguklah di KLIA Sepang, setiap hari ada sahaja je­maah umrah yang akan berlepas ke Jeddah atau Madinah. Bukan sahaja dengan kehadiran jemaah tempatan tetapi juga dari negara jiran, Indonesia yang mengguna­ kan penerbangan dari KLIA. Se­mua ini satu perkembangan yang sihat kepada industri pelancongan khususnya berkaitan umrah. Turut akan mendapat manfaat ialah sektor penerbangan. Selain syarikat penerbangan sedia ada yang mengadakan perkhidmat­ an berkaitan termasuk dari luar negara, Malaysia Airlines Bhd. (MAB) yang mempunyai pesawat Airbus A380 dapat meningkat­ kan lagi segmen sewa khas pe­sawatnya. Secara tidak langsung langkah ini dapat membantu pemulihan semula syarikat itu. MAB menyediakan pesawat manakala agensi pelancongan membekalkan pengguna/pelan­cong. Sebelum ini timbul speku­lasi bahawa MAB akan mengambil langkah drastik untuk menjual semua enam pesawat A380 mi­liknya. Bagaimanapun MAB menafikan laporan tersebut. Pesawat A380 yang sebelum ini terbang ke London dan Paris mengandungi lapan kabin kelas pertama yang merupakan tempat tidur terluas, 66 tempat duduk kelas perniagaan dan 420 ekonomi. Berikutan pen­ ingkatan jemaah umrah, eloklah MAB meneruskan kerjasama sewa khas pesawat untuk beribadah khususnya di rantau ini. Dalam dua majlis yang Selak ikuti baru­-baru ini berkaitan penerbangan ibadah umrah, terdapat peluang kerjasama bagi memanfaatkan pesawat milik MAB ini. Pertama, melalui Waqf Airlines, projek Per­badanan Wakaf Selangor dengan kerjasama agensi yang menawar­ kan pakej umrah.

Kedua, baru­-baru ini MAB me­ nandatangani memorandum per­janjian dengan Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd. (Andalusia) dan Rayhar Travels Sdn. Bhd. bagi menyewa pesawat.

Menurut Ketua Pegawai Komer­ sial MAB, Paul Andrew Simmons, kerjasama berkenaan membuka peluang kepada syarikat pener­bangan membangunkan segmen perniagaan sewa khas bagi pasa­ran beribadah. Ini satu permulaan yang baik walaupun MAB tidak menjangka mencatat keuntun­gan sehingga 2018 tetapi sedikit­ sebanyak, perniagaan sewa khas membantu meningkatkan prestasi kewangan syarikat. Apa yang lebih penting ialah keberanian agensi pelancongan seperti Andalusia menyewa pesawat khas di samp­ing pesawat komersial sedia ada.

Menurut Pengarah Urusan Andalusia, Ibrahim Mat Sin, pe­nyewaan A380 itu bukan sekadar mahu menyediakan perkhid­matan terbaik kepada jemaah melalui pengalaman MAB tetapi secara tidak langsung membantu pemulihan MAB, syarikat pe­nerbangaan kebanggaan negara ini. Tahun lalu, Andalusia yang sinonim dengan motto Penyucian Jiwa Di Tanah Suci telah menye­wa 23 penerbangan dengan kos kira-­kira RM30 juta. Pada musim akan datang (1438H), Andalusia menempah 53 penerbangan yang bernilai kira-­kira RM72 juta.

Penerbangan ini melibatkan 24,150 tempat duduk yang dijadu­alkan berlepas ke Madinah dan Jeddah mulai 10 November 2016 hingga 6 Julai 2017. Baginya, An­dalusia dan Rayhar amat menitik­ beratkan mutu perkhidmatan dan yakin Malaysia Airlines mampu memberikan perkhidmatan ce­merlang. Keberanian syarikat bumiputera ini menyewa penerbangan menunjukkan pencapaian yang baik bagi bumiputera men­guruskan jemaah umrah. Tahun ini, Andalusia menjangka meng­uruskan 60,000 jemaah umrah iaitu 20 peratus daripada 220,000 jemaah umrah Malaysia.

Berdasarkan beberapa fak­tor termasuk kemampuan, kes­edaran ibadah, senarai panjang menunggu ibadah haji, jumlah jemaah umrah akan terus men­ingkat. Situasi ini harus diambil oleh syarikat bumiputera untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih cekap dan diyakini supaya tidak timbul lagi kes­-kes tipu akibat sikap sesetengah pihak yang gagal menguruskan jemaah mereka. Mungkin kepincangan ini boleh diatasi sekiranya ada syari­kat yang mampu menguruskan secara langsung penerbangan.

Diharapkan perjanjian bersa­ma MAB ini akan memberi lebih keyakinan kepada jemaah menge­nai kesediaan agensi mengurus­kan penerbangan. Tidak timbul lagi isu terkandas akibat ketiadaan pesawat. Selain MAB, Andalusia juga menggunakan pesawat milik AirAsia, Emirates, Saudi Arabian dan Etihad. Jelaslah, MAB mempunyai peluang lebih besar untuk menggandakan penerbangan iba­dah ini melalui sokongan dan ker­jasama syarikat bumiputera yang mengendalikan pakej umrah serta haji setiap tahun. Di samping itu, melangkah lebih jauh dalam pen­erbangan ibadah ini ialah Eco Riths Travel and Tour Sdn. Bhd. dengan kerjasama Perbadanan Wakaf Se­langor yang bercadang mewujud­kan Waqf Airlines. Syarikat pener­bangan patuh syariah ini dijangka dilancarkan pada November ini. Berbeza dengan Rayani Air yang sedang bergelut dengan masalah penggantungan, Waqf Airlines lebih fokus kepada pengangkutan untuk umrah dan haji.

Ketua Pegawai Eksekutif Waqf Airlines, Rithsman Mohamed berkata, syarikat penerbangan itu akan menawarkan harga subsidi serta membantu keluarga yang kurang berkemampuan. Mat­lamatnya untuk menjadi syari­kat penerbangan pertama yang dianugerahkan patuh syariah sepenuhya dari segi operasi dan dana serta dipantau oleh lem­baga syariah. Waqf Airlines juga merancang menyalurkan sedikit keuntungan ke Tabung Projek Kebajikan Perbadanan Wakaf Sela­ngor dan Tabung Tanggungjawab Sosial Korporat. Melalui Waqf Airlines ini, kos menunaikan um­rah dan haji dijangka lebih mu­rah. Lebih ramai yang berwakaf, kosnya menjadi semakin rendah. Sebagai permulaan, 500 tempat disediakan secara percuma ke­pada golongan asnaf menunaikan umrah. Inilah medan dakwah un­tuk membantu mereka yang ber­pendapatan rendah. Difahamkan, dua pesawat MAB akan disewa.

Waqf Airlines ini juga akan merintis peluang menyediakan perkhidmatan kepada jemaah umrah di rantau ini seterusnya menjadikan KLIA hab penerbang­an ibadah umrah. Bagi menjaya­kan misi ini, sekali lagi kerjasama erat dan kepercayaan MAB ke­ pada syarikat bumiputera amat diperlukan. Semoga akan muncul syarikat bumiputera yang mampu menguruskan sepenuhnya pener­bangan ibadah ini. Mungkin bakal memiliki pesawat sendiri.

UMA130616010C#

Related posts

Leave a Comment