Orang ‘besar dan tua’ jagalah orang ‘kecil, muda’

NAHAS di kawasan sekolah berulang lagi. Anak-anak yang menjadi korban nahas di depan mata ibu bapa atau cacat sepanjang hayat bukanlah satu dua kes atau baharu seminggu dua. Apabila berlaku kemalangan, berbagai-bagai reaksi timbul. Pelbagai pandangan dilontarkan kononnya mahu mengelakkan kemalangan berulang. Hakikatnya, kata orang sekali air bah sekali pantai berubah. Maksudnya apabila pembesar atau pemerintah berganti maka peraturan-peraturannya juga akan berubah. Dalam isu ini, ia bolehlah dikaitkan apabila berlaku kemalangan, maka timbullah pelbagai reaksi untuk mengelakkan kejadian yang sama berulang. Macam-macam nak buat. Malangnya semuanya itu hangat-hangat tahi ayam,…

Read More

Jangan sekadar mengeluh tetapi tidak bertindak

SEJAK kebelakangan ini, pel­bagai peringatan masuk ke dalam ruang WhatsApp me­ngenai  pendaftaran  pengundi. Ada yang berbentuk poster, se­ruan, peringatan, seloka pantun, puisi dan macam-macam lagi. Jika ditolak hari ini, hanya ting­gal empat hari sahaja lagi untuk mereka yang layak mendaftar se­bagai pengundi yang sah. Jangan menjadi ‘hantu’ apa­bila tiba hari mengundi semasa pilihan raya umum (PRU). Jika gagal berbuat demikian sehingga Jumaat ini, mereka yang layak mengundi tetapi belum mendaf­ tar akan terlepas peluang untuk mengundi sekiranya PRU-14 berlangsung pada tahun hadapan. Khabarnya, jika PRU berlang­ sung pada tahun 2017,…

Read More

Siapa pun kita, hidup biar beradab bukan biadap

KETIKA seluruh umat Islam di Malaysia amat merasai kehilangan seorang tokoh ulama, ada pula suara-suara sumbang memberi komen yang menyakitkan­ hati dan menyinggung perasaan. Bukan sahaja tidak adil kepada orang yang telah meninggal dunia tetapi juga kepada keluarga­ dan masyarakat seluruhnya. Banyak pihak yang menyentuh beberapa isu yang jelas berunsur sindiran. Ternyata golongan seperti ini, bukan Islam tidak memahami beberapa perkara berkaitan yang ditimbulkan melalui Twitter atau Facebook masing-masing. Persoalannya ada ayat-ayat itu kita tahu niat mereka bukan bersandarkan kepada pengetahuan yang terbatas dalam perkara berkaitan. Ini termasuk soal kematian…

Read More

Menanti panggilan haji juga satu pengorbanan

KITA mendoakan yang terbaik untuk jemaah haji dari seluruh dunia supaya mereka dapat melakukan ibadah haji dengan sempurna. Selepas wukuf di Padang Arafah, perjalanan diteruskan ke Muzdalifah untuk mabit seketika sebelum ke Mina bagi melontar tiga jamrah bermula hari ini. Setakat ini dianggarkan 1.5 juta umat Islam berada di kota suci itu untuk menunaikan haji. Angka rasmi mungkin lebih besar. Menurut laporan, khemah yang disediakan di Mina mampu menampung sehingga 2.5 juta jemaah. Bagi yang tidak berpeluang menunaikan ibadah haji, mereka juga meraikannya sejak semalam dengan berpuasa sunat, bertakbir dan…

Read More

Khabar gembira kepada pengguna perkhidmatan rel

SATU khabar gembira ter­utama kepada warga ibu kota atau di Lembah Klang apabila mulai 16 September ini, pengguna pengangkutan awam yang diken­dalikan oleh Kumpulan Prasarana akan menikmati kadar tambang diskaun 50 peratus. Dianggarkan kira-­kira 30,000 pengguna dijang­ka menggunakan pengangkutan sistem transit aliran ringan (LRT), monorel dan Bas Rapid Transit (BRT). Syaratnya, yang pertama, ubahlah corak perjalanan iaitu keluar lebih awal untuk mengguna­kan perkhidmatan itu pada pukul 6 hingga 7 pagi. Kedua, diskaun hanya ditawarkan kepada peng­guna yang menggunakan mod pembayaran tanpa tunai. Mere­ka ialah pengguna Touch ‘n Go, Kad MyRapid,…

Read More

Jangan pandang rendah hak orang lain berparti

KETIKA ini sedang berlangsung persidangan perwakilan UMNO di seluruh negara. Pemimpin-pemimpin utama parti menjelajah ke seluruh pelusuk negara kecuali Sarawak untuk menemui perwakilan. Sambutan yang diberi tidak banyak berubah. Anggota-anggota parti tetap hadir persidangan untuk memberi sokongan. Ini satu perkembangan yang baik. Cuma jangan hanya gah semasa menghadiri persidangan, kemudian masing-masing pulang membawa diri tanpa perubahan. Banyak kerja yang belum selesai dan perlu dilakukan. Kerusi yang ada dalam genggaman perlu dipertahankan. Bagi bahagian yang ‘kehilangan’ kerusi pula harus berusaha untuk mendapatkannya semula. Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dalam perjalanan, masanya…

Read More

Bersedia hadapi saingan beri khidmat selesa, murah

NAMPAKNYA ada pandangan pro dan kontra berhubung Program Transformasi In­dustri Teksi (TTIP) yang diumum­kan minggu lepas. Ada pemandu teksi yang menyambut baik dan tidak kurang pula yang kurang gembira. Mungkinkah pengumu­man Suruhanjaya Pengangkutan Awang Darat (SPAD) itu satu kesi­lapan ketika isu Uber dan GrabCar semakin hari semakin mengganggu emosi pemandu teksi? Adakah sua­sana atau respons yang diberi ber­beza tanpa kehadiran isu Uber dan GrabCar? Kesediaan kerajaan untuk memberi semula permit individu satu keputusan yang seharusnya dialu­-alukan oleh pemandu yang begitu lama ‘makan gaji’ dengan syarikat teksi. Ada juga pihak yang…

Read More

Kewajaran ‘hapuskan’ teksi beralih ke Uber, GrabCar

KHABARNYA minggu ini Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan memperincikan pelaksanaan sistem baharu perkhidmatan pengangkutan awam berikutan cadangan pemansuhan lesen kenderaan pengangkutan awam (PSV) untuk pemandu teksi. Ia juga ada kaitan dengan perkhidmatan Uber dan GrabCar yang menjadi bualan hangat dalam kalangan pemandu teksi. Bagi pemandu yang bergantung sepenuhnya kepada teksi menganggap kehadiran Uber/GrabCar umpama mencurahkan pasir ke dalam periuk nasi mereka atau bakal membunuh industri teksi. Tidak dinafikan ketika banyak rungutan dilemparkan oleh pengguna tempatan serta pelancong terhadap sikap tidak profesional pemandu teksi, masih ada pemandu yang `bekerja’ secara…

Read More

Gempar DAP `menjadi’, PRN tergempar tidak terjadi

MINGGU lepas, Selak tidak muncul kerana teks asal yang dibuat lebih awal membincangkan soal bagaimana seriusnya DAP mahu mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang. Dalam erti kata lain DAP khususnya Ketua Menteri, Lim Guan Eng bukan melawak atau gempak (utara baca gempaq). Ketika itu, DAP memang kalut untuk mengadakan PRN sebelum usia sebenar pemerintahannya tamat mengikut perlembagaan. DAP semakin kalut-malut apabila sekutunya, PKR belum bersedia menanggung risiko kemungkinan berakhirnya perkongsian kuasa di Pulau Pinang. DAP juga ketika itu tidak peduli lagi pendirian PKR. Kata orang DAP dah `tak makan…

Read More

Pilihan raya negeri tergempar atau DAP sekadar gempak

KALUT. Itulah kesimpulan yang boleh dibuat apabila pakatan DAP dan PKR yang membentuk kerajaan Pulau Pinang belum mencapai kata putus mengenai pilihan raya negeri (PRN) tergempar. PAN pula tidak ada wakil dalam kerajaan negeri sementara Pas, bukan lagi rakan kerajaan negeri itu. Kekalutan ini ditimbulkan oleh DAP apabila Ketua Menteri, Lim Guan Eng berhadapan dengan dua tuduhan rasuah. Guan Eng mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Un-dangan Negeri (ADUN) pada 28 Jun 2013 iaitu ketika Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang Ke-13. Ketika mengangkat sumpah ADUN, wakil…

Read More