Selamat Hari Guru. Tatap bah sayang cikgu…

ASSALAMUALAIKUM cikgu! Selamat pagi cikgu! Selamat Hari Guru kepada semua guru di seluruh negara. Tema sambutan tahun ini yang dilancarkan di Kota Kinabalu, Sabah hari ini ialah Gu­ru Pembina Negara Bangsa. Te­ma sambutan ini memberi fokus kepada peranan warga pendidik sebagai penggerak utama dalam membimbing, membangun dan mengupayakan modal insan negara. Setiap guru perlu menanam pera­ saan kasih dan taat setia murid atau pelajar terhadap pemimpin dan negara secara keseluruhannya. Tema ini pernah digunakan pada tahun 2009 dan juga pada tahun berikutnya setelah kementerian mendapati profesion guru semakin mencabar pada abad ini.

Mungkin ramai yang sudah tahu kenapa 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru tetapi sebagai peringatan eloklah diselak semula secara ring­kas. Tarikh ini pada tahun 1956, Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu telah meluluskan Penyata Razak, salah satu daripada empat Laporan Jawatankuasa Pela­jaran mengenai pendidikan di ne­gara kita. Dokumen ini dikenali se­bagai Laporan Razak kerana ketika itu, Tun Abdul Razak Hussein ada­lah Menteri Pelajaran. Dokumen ini juga dijadikan Dasar Pelajaran Ke­bangsaan semenjak tahun 1956 dan kekal sehingga ke hari ini. Sambutan peringkat Kebangsaan pada tahun ini berlangsung di Universiti Malay­sia Sabah (UMS). Seperti sambutan sebelum ini, ada pengiktirafan yang dinafikan. Melalui guru, kita men­genali huruf dan angka, kemudian dapat menulis, mengeja, membaca dan mengira, menyelidik dan men­cipta seterusnya menceburi bidang pekerjaan masing-masing. Sama ada di peringkat sekolah rendah atau menengah, gurulah yang paling dekat dengan anak-anak kita selain ibu bapa. Namun, peranan guru sen­ tiasa berubah mengikut peredaran masa. Banyak cabaran yang diha­dapi oleh guru-guru pada hari ini. Dunia pendidikan ketika ini amat mencabar berbanding pada masa lalu. Pemikiran murid-murid atau pelajar hari ini amat jauh berbeza dengan masa dahulu. Kerenah anak-anak hari ini tidak sama seperti pada masa lalu. Generasi hari ini lebih terdedah kepada pelbagai teknologi elektronik dan gajet. Buku bukan lagi medium utama untuk mereka belajar. Maka guru juga perlu lebih berkemahiran supaya mereka juga tidak ketinggalan. Bukan setakat anak-anak yang mendapat pendidi­ kan malahan pemikiran ibu bapa juga jauh berbeza berbanding pada masa dahulu. Jika murid dahulu boleh dirotan atau didenda kerana kesalahan berkaitan disiplin tetapi hari ini, guru terpaksa lebih berha­ti-hati ketika menghukum. Tidak boleh keterlaluan.

Jelaslah sambutan ini dapat mem­beri peluang kepada masyarakat, murid-murid dan pelajar-pelajar menghargai golongan pendidik yang telah melahirkan insan yang berjaya dalam pelbagai bidang. Tidak ada insan sama ada di desa atau kota, miskin atau kaya yang terlepas dari­ pada mendapat bimbingan guru atau cikgu. Disebabkan bimbingan guru, lahir generasi profesional, berkemahiran tinggi dan berke­ peribadian mulia. Siapa pun mereka dan apa juga jawatan yang dipegang pada hari ini, gurulah insan yang telah banyak berjasa kepada mere­ka. Inilah hakikat yang tidak boleh dinafikan. Melalui guru, kita men­genali huruf dan angka, kemudian dapat menulis, mengeja, membaca dan mengira, menyelidik dan men­cipta seterusnya menceburi bidang pekerjaan masing-masing. Sama ada di peringkat sekolah rendah atau menengah, gurulah yang paling dekat dengan anak-anak kita selain ibu bapa. Namun, peranan guru sentiasa berubah mengikut peredaran masa. Banyak cabaran yang diha­dapi oleh guru-guru pada hari ini. Dunia pendidikan ketika ini amat mencabar berbanding pada masa lalu. Pemikiran murid-murid atau pelajar hari ini amat jauh berbeza dengan masa dahulu. Kerenah anak-anak hari ini tidak sama seperti pada masa lalu. Generasi hari ini lebih terdedah kepada pelbagai teknologi elektronik dan gajet. Buku bukan lagi medium utama untuk mereka belajar. Maka guru juga perlu lebih berkemahiran supaya mereka juga tidak ketinggalan. Bukan setakat anak-anak yang mendapat pendidi­ kan malahan pemikiran ibu bapa juga jauh berbeza berbanding pada masa dahulu. Jika murid dahulu boleh dirotan atau didenda kerana kesalahan berkaitan disiplin tetapi hari ini, guru terpaksa lebih berha­ti-hati ketika menghukum. Tidak boleh keterlaluan.

Sikap ibu bapa juga sama. Dalam sesetengah perkara, guru sering dipersalahkan sehingga laporan po­lis dibuat. Jauh berbeza pada masa lalu, guru ibarat ibu bapa yang boleh menegur, merotan, memukul yang tujuannya untuk mendidik. Bagi generasi lalu, dihukum rotan di telapak tangan, berdiri di atas kerusi, dipulas telinga, dicubit pada bahagian perut, mencuci longkang, berlari keliling padang, rambut panjang dipotong sudah menjadi lumrah. Dulu, nampak guru di­ siplin pun ada yang akan mengelak jika di bajunya tidak ada lencana sekolah, rambutnya tidak kemas, kasut sekolah kotor, tidak pakai sarung kaki, dan macam-macam lagi. Kerja sekolah pula tidak dipandang remeh. Kini keadaan sudah banyak berubah. Banyak cabaran dalam dunia pendidikan pada abad ke-21 ini yang menuntut kesabaran dan komitmen golongan pendidik. Bagaimanapun, guru-guru tidak keseorangan dalam menghadapi cabaran ini. Banyak yang dilaku­ kan oleh Kementerian Pendidikan bagi melengkapkan guru dengan pelbagai ilmu supaya pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah/ kelas lebih relevan, seiring dengan tuntutan semasa. Begitu juga isu-isu berkaitan profesion perguruan yang semakin banyak diberi perha­tian termasuk gaji, tempat bekerja dan perkara-perkara yang dikata­kan menjadi beban guru selama ini.

Kepada guru-guru, peranan mendidik anak-anak tidak boleh dipertikaikan lagi. Hanya ada be­berapa profesion yang panggilan jawatan itu kekal selepas bersara atau sehingga ke akhir hayat. Pang­gilan cikgu tidak pernah lekang sekalipun mereka sudah bergelar dengan pelbagai gelaran sama ada Datuk, Datuk Seri, Tan Sri, Tun dan sebagainya. Begitulah be­sarnya sumbangan dan jasa guru. Masyarakat pula terutama ibu bapa perlu berganding bahu untuk mem­bantu guru-guru ini. Jangan hanya pandai mengkritik tetapi ambillah peranan dan tanggungjawab mem­beri pandangan serta teguran mela­lui saluran yang betul. Sokonglah Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) bagi kepentingan anak-anak  kita. Amat malang, setiap kali mesyuarat PIBG, jumlah yang hadir amat kecil. Tidak sama dengan jumlah murid yang dia­jar oleh guru.

Kepada guru-guru, teruskan mendidik anak-anak bangsa biar pun cabaran semakin besar. Se­lak ingin mengulangi semula kata-kata motivasi yang pernah disiarkan di ruangan ini pada awal penggal persekolahan lalu (Motivasi untuk guru). Kiriman itu diterima daripada seorang kenalan dari Pulau Pinang. Dia pun tidak pasti siapa penulis­nya. Diharapkan, cikgu semua teruskan tanggungjawab memi­kul amanah yang diberi. Cik­gu amat beruntung kera­na profesion ini amat mulia. Terima kasih cikgu! Kepada mu­rid-murid dan pela­jar-pelajar, hargailah guru anda. Tatap bah sayang cikgu!

Motivasi untuk guru

1 Terimalah pelajar-pelajarmu dengan segala kekurangan yang ada pada mereka, kerana mereka bukanlah malaikat atau syaitan. Tidak ada jalan untuk kamu lari daripada memperbaiki apa-apa kekurangan atau kesalahan mereka, kerana kamu adalah pendidik dan harapan mereka.

2 Tunjukkanlah penghargaanmu terhadap pelajar/murid dan terangkan kelebihan mereka sebagai penuntut ilmu, agar kesan pengajaranmu lebih cepat sampai ke lubuk hati mereka.

3 Baikkanlah layananmu terhadap pelajar-pelajar dan tinggalkanlah kesan yang baik kepada mereka. Berapa ramai daripada guru mendapat doa kebaikan yang berterusan, meskipun sudah berada di dalam tanah.

4 Setiap mata pelajaran boleh dihubung kaitkan dengan pendidikan agama kita dengan mencari kaedah yang bersesuaian.

5 Setiap detik yang kamu terlambat atau kamu tinggalkan kelas sebelum selesai masa tugasmu, itu adalah hak pelajar yang akan dituntut pada hari hisab/akhirat kelak.

6 Berapa ramai daripada guru kerana memberi tunjuk ajar yang baik kepada anak muda, lantas dengan sebab itu dia mendapat doa yang ikhlas dan kebaikan yang berterusan.

7 Di hadapanmu ada generasi yang jiwa mereka berkobar dengan kesedaran, cintakan ilmu dan semangat yang tinggi. Semoga pengajaranmu menyalakan hati dan cita-cita mereka yang akan membawa kebaikan kepada umat.

8 Ingatlah sesungguhnya kamu punya anak-anak yang mereka belajar dengan para guru seperti kamu mengajar anak orang lain. Maka ajarlah anak-anak muridmu dengan baik agar anak-anakmu diajar oleh para guru dengan baik pula.

UMA160516010C_2#

Related posts

Leave a Comment