KUALA LUMPUR 3 Jun – Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di lima kawasan di tiga negeri iaitu Sarawak, Sabah serta Pahang. Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob, PKPD di kawasan-kawasan berkenaan berkuat kuasa selama 14 hari bermula 5 Jun hingga 18 Jun ini. Di Sarawak, ia melibatkan Rumah Panjang Sigah anak Lak, Sungai Baoh Burak, Dalat, Mukah. Sementara PKPD di Sabah masing-masing melibatkan Kampung Pengaraban di Kudat, Kampung Sugud di Penampang serta empat lokaliti di Tawau. Empat lokaliti di Tawau adalah Taman Milenium, Taman Wawasan, Kawasan…
Read More3 kanak-kanak maut akibat Covid-19
PUTRAJAYA 3 Jun – Tiga kes kematian Covid-19 yang melibatkan kanak-kanak di bawah 5 tahun telah dilaporkan sepanjang tahun 2020, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah hari ini. Bagaimanapun, bilangan yang sama telah direkodkan dalam tempoh yang lebih singkat iaitu tiga kematian dalam lima bulan pertama bagi tahun 2021. Selain itu, Dr Noor Hisham berkata, kes kanak-kanak yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) juga menunjukkan peningkatan yang ketara. “Pada tahun 2020, jumlah keseluruhan kes pediatrik yang menerima rawatan di ICU adalah sebanyak lapan kes di mana…
Read MoreKes sembuh tertinggi
PUTRAJAYA 3 Jun – Jumlah kes harian Covid-19 terus menunjukkan peningkatan dengan 8,209 jangkitan direkodkan dalam tempoh 24 jam lalu berbanding 7,703 yang direkodkan semalam. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan itu menyaksikan jumlah kumulatif kes positif di negara ini sebanyak 595,374 kes. Jumlah kematian juga masih tinggi mencatatkan tiga angka untuk hari kedua berturut-turut, iaitu sebanyak 103 kematian hari ini. Kematian hari ini melibatkan 26 kes di Selangor, 15 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 14 kes di Johor, masing-masing lapan kes di Sarawak dan Kelantan,…
Read MoreSelangor catat pertambahan kes
PUTRAJAYA 3 Jun – Selangor terus menyumbang kes harian tertinggi apabila merekodkan 3,125 kes daripada 8,209 kes yang direkodkan peringkat kebangsaan. Semalam, Selangor mencatatkan 2,728 kes dan dengan perkembangan ini jumlah keseluruhan kes di Selangor meningkat kepada 194,847 kes. Hampir semua negeri menunjukkan peningkatan kes berbanding angka yang direkodkan semalam. Negeri yang mencatatkan peningkatan kes adalah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 801 (701), Johor 752 (554), Sarawak 594 (588), Perak 384 (224), Kedah 373 (283), Melaka 322 (209), Wilayah Persekutuan Putrajaya 33 (1). Negeri yang menunjukkan penurunan adalah Negeri Sembilan 576…
Read More218 gagal pakai pelitup muka
KUALA LUMPUR 3 Jun – Sebanyak 218 daripada 987 individu yang ditahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) melakukan kesalahan tidak memakai pelitup muka, kata Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob. Katanya, sebanyak 196 kes melibatkan rentas negeri atau daerah tanpa kebenaran dan makan di premis, gagal merekod butiran diri/daftar masuk premis (135); membawa penumpang berlebihan (127); tiada penjarakan fizikal (125). Sebanyak 68 individu tidak patuh arahan kawalan pergerakan; aktiviti pusat hiburan (35); premis gagal patuhi arahan (12); manakala 71 kes lain-lain. Beliau berkata, daripada 987 individu itu, 939 individu dikompaun,…
Read More1,114,684 lengkapkan dua dos
KUALA LUMPUR 3 Jun – Seramai 1,114,684 individu di negara ini telah melengkapkan dua dos vaksin Covid-19 setakat semalam (2 Jun), kata Menteri Kesihatan Dr Adham Baba. Menerusi akaun Twitternya hari ini, beliau berkata seramai 2,098,189 individu telah menerima dos pertama menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dos pertama dan kedua di negara ini sebanyak 3,212,873 dos. Lima negeri yang melengkapkan kedua-dua dos tertinggi ialah Selangor dengan 145,539 dos diikuti Sarawak (111,322), Perak (105,298), Kuala Lumpur (101,221) dan Johor (97,974). Setakat semalam, 51.90 peratus atau 12,584,422 individu mendaftar untuk menerima suntikan vaksin…
Read MoreIndonesia tidak hantar jemaah
JAKARTA 3 Jun – Indonesia menyertai keputusan Singapura untuk tidak menghantar jemaah haji tahun ini berikutan penularan pandemik Covid-19 yang masih mengacam keselamatan dan kesihatan jemaah. Di samping pandemik Kementerian Hal Ehwal Agama Indonesia memutuskan demikian disebabkan kerajaan Arab Saudi masih menyekat kemasukan warga asing ke negara itu. Menteri Hal Ehwal Agama, Fachrul Razi, berkata keputusan itu juga dibuat berikutan mereka tidak mempunyai masa yang cukup untuk melakukan persiapan dalam menghantar jemaah ke Tanah Suci. Beliau menegaskan wabak berskala global itu mempengaruhi aspek sosial dalam ibadat, sekali gus menyaksikan kementerian…
Read MoreChina nafi pesawat ceroboh
CHINA mempertahan tindakannya selepas 16 pesawat tenteranya didakwa menceroboh ruang udara Malaysia. Jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin berkata pesawat terbabit tidak memasuki ruang udara Malaysia, sebaliknya ia merupakan rutin latihan. Jelasnya, apa yang dilakukan China adalah mematuhi undang-undang antarabangsa. Berdasarkan maklumat diperoleh, ia adalah rutin latihan biasa yang dilakukan tentera udara China di perairan selatan atau Kepulauan Spratly, tidak menyasarkan mana-mana negara. “Sewaktu latihan itu, tentera udara China patuh kepada peruntukan undang-undang antarabangsa dan tidak memasuki mana-mana ruang udara negara lain. “China telah mengadakan perbincangan dengan pihak Malaysia,”…
Read MoreSemoga Allah melindungi kita
KHAT sentuhan Haji Anuar Khan dari Masjid Bandar Seri Putra
Read More“Tanpa PKP 3.0 sistem kita lumpuh”
KUALA LUMPUR 3 Jun – Sistem perkhidmatan kesihatan negara boleh lumpuh menjelang 5 Jun ini sekiranya sekatan pergerakan menyeluruh tidak dilakukan. Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba, berkata ia unjuran situasi terburuk di Malaysia memandangkan kadar jangkitan harian semakin meruncing, mencecah 9,020 kes pada 29 Mei lalu. Sehubungan itu, katanya, keputusan tuntas dengan mengumumkan perintah sekatan pergerakan menyeluruh perlu dibuat kerajaan bagi membendung risiko perkhidmatan kesihatan daripada lumpuh. “Kita bentangkan pelan kontingensi dan pengurusan COVID-19 sejak awal Mei apabila kadar kebolehjangkitan atau Rt mula meningkat, sekitar 1.1 hingga 1.2. Oleh itu,…
Read More