Tersalah suntik jenis vaksin

(Foto hiasan dari FB MoE) SINGAPURA 4 Jun – Seorang remaja diletakkan di bawah tempoh pemantauan selama 50 minit, selepas beliau diberikan dos pertama vaksin Moderna bukannya vaksin Pfizer-BioNTech yang diluluskan bagi kumpulan usianya. Bagaimanapun remaja berusia 16 tahun itu dalam keadaan baik dan pihak berkuasa akan terus memantau dengan lebih dekat kesihatan remaja berkenaan. Dalam kenyataan bersama Kementerian Kesihatan (MoH) dan Kementerian Pendidikan (MoE) hari ini, keselamatan mereka yang menerima vaksin adalah keutamaan nombor satu dan “memandang serius terhadap kejadian ini”. “Kami mohon maaf atas kesulitan dan kegelisahan yang…

Read More

China dahului suntikan vaksin

LEBIH 2,007 bilion dos vaksin Covid-19 sudah didaftarkan atau disuntik di seluruh dunia sehingga hari ini, Jumaat di mana China mendahului dengan 700 juta dos vaksin yang sudah didaftarkan. Menurut data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat (AS) pula sebanyak 297 juta dos manakala India dengan 221 juta dos vaksin. Negara lain yang mencatat jumlah melebihi 60 juta dos adalah United Kingdom (UK) dan Brazil. Manakala Jerman dengan 52 juta dos, Perancis dan Itali masing-masing melebihi 37 juta dan 36 juta dos. Di Asia Tenggara, Indonesia mendahului dengan jumlah dos yang…

Read More

Kongsi vaksin dengan negara membangun

DUA badan dunia, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia mendesak Kumpulan Negara G7 untuk melepaskan lebihan vaksin Covid-19 ke negara-negara membangun secepat mungkin. Pada masa sama, negara-negara G7 juga digesa supaya meminta pengeluar meningkatkan penghasilan vaksin Covid-19. Perkara itu dinyatakan Pengarah Urusan IMF Kristalina Georgieva dan Presiden Bank Dunia David Malpass dalam kenyataan bersama kepada G7. Di samping itu, dua badan dunia itu juga mahu kerajaan, syarikat farmaseutikal dan kumpulan terlibat dalam perolehan vaksin meningkatkan ketelusan mengenai kontrak, pembiayaan dan penghantaran. “Mengedarkan vaksin dengan lebih meluas adalah keperluan ekonomi…

Read More

Arab Saudi 1,261 kes, 15 kematian

RIYADH 3 Jun – Hari keempat berturut-turut, Arab Saudi terus merekodkan kes harian Covid-19 melebihi 1,200 kes apabila merekodkan 1,261 hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 454,217. Semalam, sebanyak 1,269 kes direkodkan dan dua hari sebelumnya 1,251 dan 1,245. Menurut Kementerian Kesihatan sebanyak 15 kematian direkodkan dalam tempoh 24 jam yang membawa kepada jumlah kumulatif 7,408 kematian. Sebanyak 1,364 kes dilaporkan sembuh menjadikan jumlah pesakit pulih meningkat kepada 436,884 orang. Sementara itu Makkah merekodkan kes harian tertinggi dengan 402 kes diikuti Riyadh 292, daerah Timur 166 dan Madinah 120 Jumlah kes…

Read More

45 kes jangkitan di Singapura

SINGAPURA 3 Jun – Singapura melaporkan 45 kes jangkitan baharu Covid-19 hari ini, kes harian tertinggi, yang melibatkan 35 kes dalam masyarakat dan 10 kes import yang membawa kepada jumlah keseluruhan 62,145 kes. Menurut Kementerian Kesihatan, sebanyak 22 kes dikaitkan dengan MINDSville @ Napiri, sebuah kemudahan bagi golongan dewasa berkeperluan khas di Hougang dan 12 lagi kes baharu dalam masyarakat tiada kaitan dengan kes sebelumnya. Kes import pula melibatkan lima daripada mereka adalah warga Singapura atau penduduk tetap yang baru pulang ke sini. Bagi kes melibatkan kluster MINDSville@Napiri, tiga daripadanya…

Read More

Indonesia rekod 5,353 kes baharu

JAKARTA 3 Jun – Jumlah kes positif yang direkodkan Indonesia hari ini meningkat sedikit iaitu 5,353 berbanding 5,246 semalam menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 1,837,126. Pada masa yang sama, 11,092 kes sembuh direkodkan dan ini membawa kepada 1,691,593 orang pulih manakala jumlah kematian pula meningkat kepada 51,095 orang termasuk 187 yang meninggal hari ini. Terdapat lima provinsi merekodkan kes positif harian tertinggi iaitu Jawa Barat 1,176 menjadikan jumlah kumulatif 316,947, Jakarta 714 (kumulatifnya 431,893), Jawa Tengah 687 (202.363), Riau 380 (61,517) dan  Jawa Timur 260 (155,505). Bagi kes sembuh,…

Read More

7,217 kes harian di Filipina

MANILA 3 Jun – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina mencatatkan 7,217 kes harian baharu Covid-19 hari ini, yang menunjukkan peningkatan berbanding 5,257  semalam. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes yang direkodkan Filipina setakat ini adalah 1,247,899. Setakat pukul 4 petang ini, DoH merekodkan 199 pesakit meninggal dunia dan ini menjadikan jumlah keseluruhan 21,357 kematian. Sebanyak 3,483 pesakit dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan 1,170,752 atau 93.8 peratus. Kes aktif pula 55,790 atau 4.5 peratus daripada keseluruhan kes.

Read More

Thailand catat peningkatan kes

BANGKOK 3 Jun – Kes jangkitan Covid-19 di Thailand menunjukkan peningkatan dengan merekodkan 3,886 kes berbanding 3,440 semalam. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini 169,348 manakala kematian  meningkat kepada 1,146 termasuk 39 orang yang dilaporkan meninggal dunia hari ini. Daripada keseluruhan kes, 2,656 melibatkan orang awam termasuk 49 kes import dan 1,230 kes di penjara. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), 24 kes kematian direkodkan di Bangkok, dua masing-masing di Nonthaburi dan Phuket. Satu kes kematian masing-masing direkodkan di Chon Buri, Chaiyaphum, Chiang Rai, Tak, Nakhon Si Thammarat, Bung…

Read More