1,114,684 lengkapkan dua dos

KUALA LUMPUR 3 Jun – Seramai 1,114,684 individu di negara ini telah melengkapkan dua dos vaksin Covid-19 setakat semalam (2 Jun), kata Menteri Kesihatan Dr Adham Baba.

Menerusi akaun Twitternya hari ini, beliau berkata seramai 2,098,189 individu telah menerima dos pertama menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dos pertama dan kedua di negara ini sebanyak 3,212,873 dos.

Lima negeri yang melengkapkan kedua-dua dos tertinggi ialah Selangor dengan 145,539 dos diikuti Sarawak (111,322), Perak (105,298), Kuala Lumpur (101,221) dan Johor (97,974).

Setakat semalam, 51.90 peratus atau 12,584,422 individu mendaftar untuk menerima suntikan vaksin dengan Selangor mencatat jumlah pendaftaran tertinggi iaitu 3,337,532 orang.

Related posts

Leave a Comment