Kes sembuh tertinggi

PUTRAJAYA 3 Jun – Jumlah kes harian Covid-19 terus menunjukkan peningkatan dengan 8,209 jangkitan direkodkan dalam tempoh 24 jam lalu berbanding 7,703 yang direkodkan semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan itu menyaksikan jumlah kumulatif kes positif di negara ini sebanyak 595,374 kes.

Jumlah kematian juga masih tinggi mencatatkan tiga angka untuk hari kedua berturut-turut, iaitu sebanyak 103 kematian hari ini.

Kematian hari ini melibatkan 26 kes di Selangor, 15 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 14 kes di Johor, masing-masing lapan kes di Sarawak dan Kelantan, tujuh kes di Sabah, masing-masing enam kes di Negeri Sembilan dan Terengganu.

Selain itu, masing-masing empat kes di Pulau Pinang dan Kedah, masing-masing dua kes di Melaka dan Pahang, serta satu kes di Perak.

Dr Noor Hisham berkata, angka pesakit yang dirawat dalam unit rawatan rapi (ICU) pula telah meningkat kepada 880 orang dengan 446 daripada mereka memerlukan bantuan alat pernafasan.

Sementara angka pesakit sembuh sepenuhnya daripada Covid-19 ialah seramai 7,049, menjadikan jumlah kumulatif sembuh seramai 508,947 atau 85.5 peratus.

Angka kluster baharu yang dicatat hari ni pula sebanyak 24 kluster, menjadikan jumlah kluster aktif sebanyak 683.

Related posts

Leave a Comment